23 Mei 2008

Panduan penanaman sayur

PENANAMAN SAYUR-SAYURAN

Pengenalan

Sayur-sayuran sering ditanam di kawasan rumah atau secara komersial. Sayuran yang ditanam sendiri lebih selamat dimakan berbanding dengan sayuran yang ditanam secara komersial kerana bebas daripada racun. Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin, garam mineral, protein, karbohidrat dan lemak.

Jenis Sayur-sayuran

Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagian-bahagian makanan.

Jadual Jenis Sayur-Sayuran

Bil

Jenis sayuran

Contoh

1

daun

bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan kangkung

2

kekacang

kacang botor/kelisa, kacang buncis, kacang tanah dan kacang panjang

3

buah

bendi, cili, kundur, terung, petola, timun, tomato

3

akar / umbisi

halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi sengkuang, keladi

Pemilihan Tapak

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah;

berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran.

berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan.

di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien.

mempunyai kemudahan infrastruktur.

mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan jika tanah bercerun.

Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit.

berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian

Penyediaan tapak

Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh iitu pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut:

Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi.

Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.

Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.

Iv Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami
saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman.Tanah
ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan air
dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.

Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai
saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid.

Penyediaan batas

Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayur-sayuran seperti :

Membuang rumpai dan batu batan

Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai sungkupan.

Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai.

Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.

Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal berketinggian 20 – 25 cm.

Sungkupan

Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.

Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk;

  • mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.
  • menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah.
  • mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.
  • mengelakkan tumbesaran rumpai
  • mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih.
  • bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.









Pemilihan biji benih

Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi.

Ciri-ciri biji benih yang baik

  • Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.
  • Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.
  • Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi tinggi.
  • Tidak rosak atau cacat.

Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran

  • Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak.
  • Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.
  • Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
  • Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan

Penyemaian biji benih


Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Terdapat tiga cara penyemaian:


Semaian terus biji benih besar

  • Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.
  • Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi :
  • Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
  • Tanam sebiji atau dua biji selubang
  • Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

Semaian terus biji benih kecil

Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus dan lain-lain boleh menggunakan dua cara:

Semaian terus ke batas tetap.

  • Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
  • Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
  • Beri perlindungan (sungkupan) dan air.
  • Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

semaian biji benih halus di dalam kotak semaian


Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian

  • penjagaan anak benih lebih mudah
  • anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini memastikan hasil yang bertambah.
  • anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama.
  • Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian.

Menyemai cara semai tabur

Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut,

  • tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis.
  • beri perlindungan (sungkupan) dan air.
  • selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

Penjarangan

Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi.

Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam.

Menyulam

Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat.

Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih.

Penanaman
Panaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman sayuran.

Mengubah

Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap.

Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ;

  • Segarkan anak benih sebelum diubah
  • Lakukan waktu pagi atau petang
  • Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah.
  • Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar.
  • Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.
  • Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan
  • Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat.
  • Bekalkan perlindungan dan air.
  • Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari

Naungan

Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih.

Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput yang dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan.

Penjagaan tanaman sayuran

Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:

Menyiram
Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus.

Merumput

Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pemb
perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara kimia.

Membaja

Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.

Membuat sokongan

Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat.

Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah.

Mengawal Perosak dan penyakit

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi

Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari.

Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia.

Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

Penyakit

Agen

Simptom

Melecur anak benih

Kulat

Anak benih layu dan mati

Reput akar

Kulat atau bakteria

Pokok layu dan mati

Bintik daun

Kulat

Daun dengan bintik perang atau hitam

Layu bakteria

Bakteria

Urat daun menjadi hitam. Pokok akan layu dan mati

Kulapok

Bakteria

Daun yang diserang layu dan mati.

Karat batang/ daun atau lengai

Kulat

Tompok kuning/perang daun yang dijangkiti akan jatuh.

Memungut hasil

Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh, jika sayuran jenis daun dipungut terlalu awal, hasilnya adalah rendah. Sebaliknya jika lewat dipungut, hasilnya banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar.

Masa memungut hasil

Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau lewat petang. Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan.

Panduan Memungkut Hasil Sayuran

Sayur-sayuran

Tempoh mula memungut hasil

Panduan

Sawi

4 hingga 6 minggu

Cukup besar tetapi belum berbunga

Timun

4 hingga 6 minggu

Buahnya muda tetapi belum bertukar menjadi warna kekuning-kuningan

Kacang panjang

6 hingga 8 minggu

Lengai mudah di patahkan tetapi bijinya belum terbunjul keluar

Sengkuang

20 hingga 24 minggu

Daun mula menjadi kuning dan gugur.


Cara memungut yang betul ;
  • memotong dengan pisau / sekatur
  • contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu
  • mencabut
  • contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi.
  • memetik contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain.
  • menggali dengan cangkul/serampang
  • contoh - sayuran jenis akar / umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang dan lain-lain.
Memasar

Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan sempurna sebelum dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan seger


25 ulasan:

  1. huh?bos kacang buncis siram nak pakai springkler ker aper boss?

    BalasPadam
  2. bagus dengan adanya web ini.....bebudi dengan tanah banyak hasilnya..terima kasih kepada encik yuss kerana encik yuss telah menolong saya untuk menanam sayur terima kasih.............

    BalasPadam
  3. banyak info leh dapat kat sni....

    BalasPadam
  4. jikalau tomato yang ditanam senantiasa bersaiz kecil???

    BalasPadam
  5. info yg ada di dalam blog ini hanya sekadar sebahagian usaha saya utk berkongsi ilmu dan pengetahuan.

    BalasPadam
  6. so many info i can get in this blog!!! thank you.

    BalasPadam
  7. Bagaimana hendak mengurangkan kadar kemasaman tanah selain daripada penggunaan kapur.Apakah kandungan kapur pertanian?

    BalasPadam
  8. sy rs info yg diberi sngt berguna..lg2 untk sy yg baru mengjr subjek KH P. Khas.

    BalasPadam
  9. macam mana pula dengan tanaman bergilir. Boleh tolong terangkan tnaman yg sesuai utk digandingkan bersama dlm satu batas?.

    BalasPadam
  10. salam semua..trm kasih kpd pencipta blog ini krn berkongsi ilmu....terlebih dahulu sy nk bg tahu pd pncipta blog bhw saya ni br bermula dalam bercucuk tanam ni....so...sy kn bnyak belajar lg....dgn ada blog spt ini...dapatlah saya cr ilmu dengan lbh cepat....

    BalasPadam
  11. salam.. halaman rumah saya mempunyai tanah jenis berlempung.. mcm mana nk atasi masalah nie.. saya sering mengorek tanah berlempung 2.. buat bentuk bulatan kemudian saya ltk tanah hitam atau baja hitam ke dlm tanah 2.. kemudian baru saya tanam anak2 pkok ke dlm tanah hitam 2.. bleh ke pkok 2 hdup? satu lagi mcm mne nk atasi masalah perosak..ade jns2 semburan yg bleh dipakai?
    trime kasih

    BalasPadam
  12. salam,slps memungut hasil sayuran spt sawi blehkan kita guna batas yg sama td utk menyemai ank benih sawi yg baru,t.kasih

    BalasPadam
  13. dapet ilmu nie cara menanam sayuran dirumah,,,,info nie sangat membantu sekali!!!

    BalasPadam
  14. salam cikgu yus... kami hasmazura dan nurul hafiza, bekas gstt kat SMKPD tahun 208-2010. kitorg kene buat asgmnt ni, ttg tanaman makanan (sayur-sayuran). nk mintak tolong untuk rujukan buku tentang tajuk ni. yang sesuai untuk P&P tingkatan 4/5. diharapkan cikgu yus sudi tolong kami..thanks yer...

    BalasPadam
  15. info bermanfaat.t.kasih.

    BalasPadam
  16. slm..tumpang lalu..sudi2lah bertandang ke blog ambo
    http://kilatemas.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. kna rndam dluw ke bji benih sawi?

    BalasPadam
  18. biasa nya, akar sawi bleh cecah sampai brapa cm kalau umur 4 mgu?

    BalasPadam
  19. biasa nya, akar sawi bleh cecah sampai brapa cm kalau umur 4 mgu?

    BalasPadam
  20. Mohon copy utk blog saya boleh ? tq

    BalasPadam
  21. Tolong beri kredit pada penulis asal artikel ini...Tak elok cuma copy paste dari blog lain tanpa beri kredit pada penulis asal dari Universiti..Org tanya, takleh nak jawab..

    BalasPadam
  22. Banyak ilmu yang saya dapat dari sini.. terima kasih atas perkongsian yang berguna.

    BalasPadam
  23. Terima kasih banyak membantu dlm penyediaan asssiment semoga jasa baik diberkati.

    BalasPadam
  24. Maklumat yg bagus. Terima kasih

    BalasPadam
  25. Assalam boss.. sy baru cuba cuba jd nubis dalam penanaman ... bintik2 kat daun kari dan limau macamana nak buat boss? .. dan anak kedondong saya sedang diserang kulat2 putih bawah daun.. terima kasih tolong sy boss.. hanya Allaah SWT dpt membalas budi baik boss

    BalasPadam