31 Mac 2009

teknik penanaman tomato

Tanaman Tomato

Pengenalan

Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang mempunyai jangka hayat yang singkat. Ia menjadi makanan kepada manusia di serata dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan kini penanamannya telah meluas ke semua negara beriklim tropika.

Pengeluaran utama tomato di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highland. Kawasan di tanah rendah yang menanam tomato ialah di negeri Johor.
Sebahagian besar tanaman adalah untuk permintaan dalam negeri dan sedikit sahaja dieksport ke Singapura. Negara juga mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato. Pengeluaran tempatan hanya mencukupi untuk kegunaan segar.

Botani Tanaman

Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum (L). Dari famili Solanaceae. Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu yang tumbuh menegak (determinate) dan yang tumbuh menjalar (indeterminate). Perbezaan juga terdapat pada ciri-ciri buah yang menjadi asas perbezaan kulvitar-kulvitarnya. Ciri-ciri am pokok adalah seperti :-

Akar - akar tunjang yang kuat dan banyak akar- akar serabut
Batang - warna hijau, bercabang dan berbuku
Daun - berbulu dan terdapat banyak bentuk
Bunga - berwarna kuning dan berukuran lebih 1cm
Buah - banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa
Benih - berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/biji
Cara pendebungan - persenyawaan sendiri


Keperluan Asas Tanaman

Faktor Iklim

Tomato lebih sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi. Walaubagaimana terdapat juga kultivar tomato yang sesuai di tanam di tanah rendah. Suhu yang sesuai adalah 18 – 32oc. Jumlah hujan pula ialah sebanyak 460mm untuk pertumbuhan yang baik.

Faktor Tanah

Tanaman tomato sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir ( BRIS dan bekas lombong ) dan tanah gambut. Yang paling penting bagi tanaman tomato adalah saliran serta pengudaraan yang baik. Tanah yang mempunyai nilai pH 5.5 – 8.0 adalah amat sesuai. Keperluan topografi adalah seperti berikut.


Sifat – sifat tanah dan kesesuaian untuk tanaman tomato


Sifat Tanah
Kesesuaian untuk tanaman tomato

Sesuai
Sederhana sesuai

Kecerunan
0 – 60
6 - 120

Saliran
Tak sempurna salir ke salir
Kurang salir dan agak sangat salir ke sangat salir

Kedalaman tanah yang berkesan
> 50 cm
25 – 50 cm

Tekstur dan struktur
Selain dari pasir
Pasir yang tak berstruktur berstruktur dan lempung.

Kemasinan
<> 50 cm
0 – 50 cm

Ketebalan gambut
Tidak menghalang
-

Keberbatuan
Tiada halangan pada 25 cm kedalaman tanah
-

Ketidak seimbangan unsur
Tiada keracunan kelebihan mikro nutrien atau CEC rendah
CEC rendah

Sumber : Wong ( 1986 )


Kultivar-kultivat yang disyorkan


L 24
MT 1
MT 11
Serdang 2
King Kong ( F1)

Tabiat pokok
Tegak, rimbun dan berterusan
( indeterminate)
Tegak, rimbun, sederhana besar, separa berterusan
(semideterminate)
Rimbun, separa berterusan
(indeterminate)
Tegak, rimbun, sepera berterusan
(indeterminate)
Tegak, separa berterusan
( indeterminate)


Penyediaan Anak Benih

Gunakan biji benih yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih yang digunakan adalah 300g/ha.biji benih dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3g/1000g biji benih. Biji beni perlu disemai sekurang – kurangnya 6 minggu sebelum menanam dan sediakan 10% lebihan benih untuk aktiviri sulaman. Anak benih ditanam di bawah jaring kalis serangga. Semasa peingkat semaian, anak benih boleh boleh disembur dengan baja daun (foliar) yang mengandungi unsur NPK mulai minggu ketiga. Sembur racun serangga seperti chlorpyrifos jika terdapat tanda – tanda serangan perosak.

Terdapat tiga cara semaian yang disyorkan
i. Semaian batas
ii. Semaian polibeg
iii. Semaian kotak

i. Semaian batas
Campuran tanah 7:3:2 ( tanah, bahan organik, pasir ) digunakan bagi batas semaian berukuran 1m lebar X 15cm tinggi.
Semai biji benih sedalam 0.5cm dalam jalur dengan jarak 5cm. Tabur tanah kering yang halus sepanjang jalur untuk menutup biji benih.siram batas dan tutup dengan teduhan yang dibuat dari plastik lutsinar.

ii. Semaian Polibeg
Isi polibeg berukuran 12cm X 20cm X 1mm dengan tanah campuran 7:3:2. Tanam 2-3 biji benih sedalam 0.2cm. Tinggalkan hanya satu pokok apabila mempunyai 2-3 helai daun. Letakkan polibeg dibawah teduhan yang didirikan daripada plastik lutsinar dan jaring kalis serangga.

iii. Semaian kotak
Kotak yang dibuat daripada kayu atau plastik berukuran 60cm X 60cm diisi dengan tanah campuran 7:3:2. Kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian bawah supaya air tidak bertakung. Biji benih ditanah sedalam 0.5cm dan tabut tanah halus diatasnya.
Kotak semaian diatur di atas meja panjang di dalam bangsal semaian. Bangsal semian boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai atap. Dinding bangsal boleh ditutup dengan jaring untuk mengawal kemasukan serangga. Pengairan oleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.

Penyediaan Kawasan

Penyedian kawasan merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah pembajakan dan pembinaan batas. Tanah dibajak dan digembukan sedalam 15cm-22cm. Batas dibentuk selebar 1.2m lebar X 20-30cm tinggi.
Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat sekiranya pH tanah kurang daripada 5. pengapuran dilakukan semasa kerja-kerja pembajakan tanah dijalankan dan sebaik-baiknya dibuat 1-2 bulan sebelum anak benih ditanam. Bahan kapur yang selalu digunakan ialah Ground Megnesium Limestone ( GML ) dengan kada 3-5 tan/ha.

Penanaman di Ladang

Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu. Hanya anak benih yang sihat sahaja dipilh. Sebelum mengubah, anak benih perlu mengalami proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari beransur-ansur. Ubah anak benih ketika cuaca redup atau pada waktu petang duikuti dengan siraman air. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60cm X 60cm.
Penggunaan sungkupan plastik silver shine digalakkan untuk mengawal rumpai dan mengurangkan serangan kutu daun. Pilih kawasan yang belum ditanam dengan tanaman jenis Solanaceae. Satu minggu selepas menanam, anak benih yang mati ataupun kurang disahat perlu disulam.


Penyediaan Sokangan

Sebulan selepas mengubah, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau buluh. Penyokong ini boleh dibuat dengan menggunakan dua batang kayu yang dipacak pada hujung setiap batas. Rentang dawai pada kedua-dua kayu dan ikat tiap-tiap pokok tomato di batas kepada dawai.. biasanya tinggi penyokong ialah 50-70cm.


Pembajaan

Kadar pembajaan tanaman tomato berbeza mengikut jenis tanah.

Pemangkasan
Pemangkasan disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun. Tunas-tunas sisi dan daun-daun berlebihan perlu dibuang untuk menggalakkan pengudaraan yang baik.

Pengurusan Air

Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Kos bahan bagi sistem ini adalah diantara RM5000 – R 8000 sehektar.
Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah antara 1.5 – 2.5 kg/cm2 dengan kadar alir perenjis 0.3 – 1.0 liter/ saat dan garis pusat siraman liputan 25-30 m.

Pengurusan Perosak
Kawalan Penyakit dan Serangga

Kawalan Serangga
Nama perosak : Ulat pengorek buah (Chloridea obsoleta F.)
Bahagian serangan : Buah, daun, tunas dan bunga
Peringkat serangan : Peringkat berbunga dan buah
Simptom : Buah berlubang dan busuk, pucuk muda dan bunga dimakan ulat

Kawalan : Sembur pokok dengan Bacillus thuringiensis, permethrin
atau acephate selang 14 hari.
Kutip buah yang diserang dan musnahkan.

Nama perosak : Lalat buah (Bactrocera sp)
Bahagian serangan : Buah
Peringkat serangan : Peringkat berbuah
Simptom : Buah berlubang dan reput. Buah gugur atau busuk
sebelum matang

Kawalan : Kutip buah yang diserang dan musnahkan secara tanam atau bakar
Sebagai kawalan gunakan attractant seperti methyleugenol

Nama perosak : Hamama merah (tetranychus truncatus)
Bahagian serangan : Daun dan bunga
Peringkat serangan : Semua peringkat
Simptom : Daun – daun yang diserang berkerekot dan bertompok kuning. Pertumbuhan terbantut dan bunga tidak terbentuk
Kawalan : Sembur pokok dengan racun serangga seperti dicofol atau propagite
Kawalan Penyakit

Penyakit : Hawar Phytophthora
Penyebab : Phytophthora infestans (kulat)
Bahagian diserang : Daun dan Buah
Cara merebak : Tanah dan air
Simpton : Daun bertompok perang dan hitam. Daun tua berair di bahagian
hujung. Bahagian belakang daun bertompok putih. Pada buah,
terdapat bintik lecuh (water soak), bahagian yang diserang
berkedut. Pokok akan mati pada akhirnya.
Kawalan
– Sembur racun kulat – maneb, mancozeb, captafol atau cuprous oxide.
– Bakar bahagian berpenyakit.
– Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik.
– Jaga kebersihan kawasan tanaman.

Penyakit : Antraknos buah
Penyebab : Colletotrichum sp
Bahagian diserang : Buah
Cara merebak : Biji benih dan angin
Simpton : Jangkitan awal kelihatan lekuk yang kemudian membesar
menjadi tompok perang kehitaman.
Serangan menyebabkan buah reput.

Kawalan
- Guna biji benih yang sihat.
- Bajak reput relai ke dalam tanah semasa penyediaan tanah

Jika terdapat serangan
- Musnahkan buah-buah yang berpenyakit
- Sembur buah dengan racun kulat seperti mancozeb.
Penyakit : Hawar alternaria
Penyebab : Alternaria solani
Bahagian diserang : Batang, daun dan buah
Cara merebak : Angin
Simptom : Terdapat bintik berwarna perang pada bstsng dan daun tua.
Bintik kemudian membesar menjadi tompok pusar hitam
Tisu daun di keliling tompok bertukar menjadi kuning
Buah yang diserang mempunyai bintik lekuk dan dipenuhi
dengan spora hitam.

Kawalan
- Sembur dengan racun kulat – cooper oxychloride, mancozeb atau chlorothalonil
- Bakar bahagian yang berpenyakit

Penyakit : Reput Pangkal
Penyebab : Sclerotium rolfsii / Rhizoctonia sp
Bahagian diserang : Pangkal pokok
Cara merebak : Tanah
Simptom : Daun-daun kelihatan layu
Terdapat masalah putih pada pangkal pokok
Akhirnya pangkal akan menjadi hitam dan reput

Kawalan
- Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik.
- Musnahkan pokok yang diserang.





Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan kepada tempoh larangan mengutip hasil (TDMH) yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak yang berkenaan. Jadual dibawah adalah panduan tempoh mengutip hasil.

Panduan tempoh dilarang mengutip hasil
(TDMH) racun perosak yang disyorkan bagi tomato

Racun Perosak TDMH ( Bil. Hari )
acephate 21
benomyl 3
Bacillus Thuringiensis Tiada
captafol 14
carbendazim 3
cuprous oxide Tiada
chlorothalonil 7
dicofol 7
malathion 3
mancozeb 14
maneb 14
permethrin 5
propagite 7







Panduan pengiraan racun perosak tanaman adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna supaya racun yang digunakan pada kadar yang disyorkan tanpa pembaziran dan ia juga dapat mengelakkan dari pencemaran udara.

Syor berdasarkan % bahan aktif
Formula :
V1 x C1 = V2 x C2
V1 = V2 x C2
C1
Di mana :
V1 = Isipadu ( volume ) racun perosak kormesil
C1 = Kepekatan bahan aktif racun perosak kormesil
V2 = Jumlah isipadu semburan ( spray volume ) racun perosak dan air
C2 = Kepekatan bahan aktif racun perosak yang disyorkan

Contoh Pengiraan
450 liter isipadu semburan racun malathion ( kandungan bahan aktif 52% ) disyorkan untuk mengawal kepinding dengan kadar 0.1% bahan aktif. Berapa banyakkah (liter) racun malathion diperlukan?

Menggunakan formula di atas :
V2 = 450 liter
C1 = 52%
C2 = 0.1%

V1 = 450 liter X 0.1 %
52 %
= 0.86 liter ( 860 ml )

Jawapan : Gunakan 0.86 liter ( 860 ml ) racun malathion dengan isupadu senburan 450 liter
Kawalan Rumpai

Rumpai bersaing untuk mendapatkan zat makanan, air dan cahaya. Rumpai yang tumbuh di atas batas perlu di cabut dengan menggunakan tangan, cangkul atau dikawal menggunakan sungkupan. Sungkupan dengan menggunakan plastik silver shine adalah teknik sungkupan yang paling berkesan. Bagi rumpai yang tumbuh di antara batas boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyphosate (0.6 kg/ha) sebelum peringkat berbuah. Ketika menyembur, gunakan penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias semburan dari terkena tanaman.


Kematangan dan Pengutipan Hasil

Hasil boleh dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah. Buah akan masak 30 selepas berbunga dan tempoh mengeluarkan hasil adalah 30 – 45 hari selepas kutipan pertama. Buah boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi cukup matang. Pungutan buah yang masih hijau atau hijau kekuningan dibuat untuk mengelakkan buah dari pecah.
Buah-buah dipetik dengan menggunakan tangan sebiji demi sebiji dengan memastikan kulit buah tidak tercedera. Buah yang telah dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang beralas kertas dengan muatan tidak melebihi 30kg. Dalam keadaan ambien, buah tomato masak boleh disimpan selama 2 hari. Jangka masa penyimpanan boleh ditingkatkan ke 1-2 minggu jika disimpan di bilik sejuk pada sushu 5-100c dengan kelembapan di antara 90-95%.
Kualiti buah yang dikehendaki di pasaran adalah seperti berikut:-
Ukuran – Saiz Garis Pusat (cm)
Besar - >6 cm
Sederhana - 5-6 cm
Kecil - <5 cm

Bentuk - bulat dan tidak cacat
Warna - 90% warna hijau dan 10% kuning
Tekstur - lembut, bila dibelah terdapat rongga udara
Keadaan - Bebas dari serangan penyakit, kerosakan dan kekotoran