21 Januari 2009

Cara memilih benih cendawan yang baik

Teknik penanaman cendawan





Cara memilih benih yang baik
Cara memilih benih yang baik:

1 Benih yang baik biasanya berwarna putih seperti kapas, gebu dan agak kering@peroi. Sebelum
guna sila lihat dalam corong di tengah benih dan jika ada dot warna selain warna putih so jangan
guna. Ia sudah tercemar!!!

2 Ramas 3 hari sebelum guna sebab kulat hijau susah nak nampak melainkan diramas dulu. Ia
akan muncul selepas 2-3 hari dibiarkan. Jika nampak kulat hijau maka buang terus atau bakar
benih tu.

3 Simpan benih di dalam suhu bilik. Benih boleh tahan selama 10 hari dari masa pembelian benih.Usia sebenar benih adalah 1 bulan tetapi kita tidak tahu bila ia dihasilkan. Jadi 10 hari adalah masa selamat kita untuk guna.

4 Benih yang agak tua masih boleh diguna. Tanda-tanda tua adalah keluar minyak yang sedikit dan benih menggerutu. Jika minyak yang keluar terlalu banyak dan menggerutu pon banyak sangat, maka benih sudah terlalu tua dan sudah tak kuat. Jadi jangan guna.

Teknik Penyediaan Media Cendawan

Selalunya bahan-bahan utama dalam penyediaan cendawan dipanggil media dan tip
hari ini ialah tentang teknik penyediaannya. Contoh yang digunakan ialah bagi penanaman Cendawan Tiram Kelabu.

Bahan Yang Diperlukan
· Habuk Kayu Getah (Jangan gunakan habuk kayu getah yang dirawat)
· Dedak Padi / Gandum
· Kapur Pertanian (Kalsium Karbonat

Kadar Campuran Yang Diperlukan
· Habuk Kayu Getah : 100
· Dedak Padi / Gandum : 10
· Kapur Pertanian : 1

· Nota
· Jangan gunakan habuk kayu getah yang baru dipotong, cari yang warnanya dah kelabu.
· Pastikan juga, jangan gunakan habuk kayu yang dirawat kerana dikhuatiri terdapat kandungan bahan kimia didalamnya.
· Kelembapan campuran ialah antara 60-65%.
· Plastik beg PP bersaiz 0.6'.
· Kukus selama 7 jam.
· Tempoh sejukkan media adalah selama 2 hari 1 malam. Jangan ada suam pun di media tersebut.
· Selepas disuntik, peram ia selama 2 bulan.
· Setelah masilium memenuhi beg, hasil akan keluar selepas hari ketiga atau keempat ia dibuka.
· Sebaiknya hasil cendawan mesti dalam bentuk bulat dan tidak bergerigis.

Langkah Penanaman Cendawan
Cendawan bukan sekadar tumbuhan yang mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan serat yang tinggi berbanding sayuran lain, tetapi juga mampu memberi pulangan lumayan jika diusahakan secara komersial. Ada pelbagai jenis cendawan diusahakan oleh penanam cendawan iaitu Cendawan Tiram Kelabu, Tiram Putih, Telinga Kera, Abalone, Ling Zhi, Bunga Kobis, Jarum Emas dan Cendawan Butang yang sentiasa mempunyai pasaran dan penggemar negara ini. Ketika ini, ramai yang beranggapan proses menanam cendawan amat rumit, tetapi sebenarnya ia mudah serta senang dijaga dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip. Bahan asas yang digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu, dedak padi, kapur pertanian serta benih cendawan.

Pada peringkat permulaan semua bahan ini digaul dengan air sehingga basah untuk menghasilkan medium cendawan. Medium cendawan yang siap diproses tadi dimasukkan di dalam beg plastik dan ditutup dengan menggunakan penutup plastik dan dihentakkan sehingga padat. Sebelum menutupnya, pastikan span dimasukkan ke dalam penutup untuk menghasilkan blok cendawan dan kemudian disusun di dalam tong dram yang berisi air untuk menjalani proses kukus. Proses ini bertujuan untuk membunuh semua organisma dan kuman yang ada dalam campuran medium cendawan yang disediakan dan selepas dikukus blok cendawan`direhatkan' selama dua hari sebelum menjalankan kerja penyuntikan benih. Selepas itu, penutup cendawan dibuka menggunakan pencungkil besi yang dipanaskan dan benih akan diisi dengan seseorang itu juga perlu mencatatkan tarikh dan jenis benih cendawan. Blok cendawan yang sudah diisi
benih akan disusun di atas rak yang disediakan di rumah cendawan dan rumah itu mestilah berbumbungkan atap nipah atau rumbia serta di bahagian dindingnya pula dipasang jaring hitam. Blok cendawan itu akan diperam kira-kira tiga bulan dan dalam tempoh itu, seseorang pengusaha perlu menyiram air tiga kali sehari pada lantai serta pada badan blok cendawan.
Cendawan memerlukan cahaya yang lemah dan sekata, pertumbuhannya akan terbantut jika terkena sinaran matahari berlebihan dan bagi cendawan yang terkena penyakit perlu diasingkan supaya tidak merebak ke blokcendawan lain. Selepas kira-kira tiga bulan spora akan terbentuk di dalam blok cendawan dan mengembang memenuhi blok itu. Penutup blok akan dibuka dan cendawan akan mulai tumbuh kira-kira lima hari selepas penutup dibuka.
Setiap cendawan perlu dikutip sebelum bahagian tepinya kelihatan berombak dan selepas dikutip blok cendawan perlu ditutup semula dan direhatkan selama 10 hari sebelum dibuka kembali untuk memudahkan proses pembentukan semula spora di dalam blok itu.
Sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram dan satu blok cendawan boleh dituai hasilnya sehingga enam kali dalam tempoh empat bulan. Selepas itu, hasilnya akan berkurangan dan perlu membuat blok baru. Blok cendawan yang tidak dapat mengeluarkan hasil lagi boleh dihancurkan untuk dijadikan baja kompos dan makanan kambing dengan mencampurkan beberapa jenis bahan lain. Cendawan yang dituai boleh disimpan
kira-kira tiga hari dalam peti sejuk.

Khasiat Cendawan Tiram Kelabu
Setiap 100g Cendawan Tiram Kelabu Segar mengandungi:


-Tiada bahan kimia
-Tiada buangan haiwan
-100% organik
-Taman tertutup
-Amalan kebersihan dalam penanaman
-Khasiat tinggi
-Pemakanan sihat
-Sesuai untuk diet sayur
-Disukai kanak-kanak

Biasanya cendawan segar dibungkus dan dijual dalam packet 100g. Anda boleh gunakan ciri-ciri ini apabila memasarkan hasil keluaran cendawan anda kepada bakal pembeli atau prospek dan
tekankan kelebihan dan faedahnya, dengan teknik yang betul, pasti boleh close jualan.

Kaedah Pemasaran Cendawan

Pemasaran Cendawan
Pemasaran adalah faktor yang paling mustahak diambil kira dalam perusahaan cendawan. Jika anda tidak boleh menjual cendawan anda pada harga yang boleh memberikan margin keuntungan yang munasabah, lebih baik anda lupakan sahaja projek ini. Luangkan sedikit masa, malahan sedikit modal untuk menambah pengetahuan anda tentang kaedah pemasaran yang paling sesuai untuk memasarkannya. Kajian pasaran dan penilaian awal terhadap potensi cendawan dianggap cabaran yang paling utama dalam peringkat awal memulakan satu bisnes
cendawan.

Bisnes Cendawan

Kunci utama kepada bisnes cendawan yang berjaya ialah dengan mendapatkan pembeli yang tetap / terjamin dan pengusaha berupaya menghasilkan pengeluaran cendawan yang tetap. Penanam cendawan yang baru mungkin perlu menghadapi cabaran memperolehi tunjuk ajar dan pengetahuan dalam selok-belok bidang ini dalam masa dua hingga tiga tahun. Anggaran memulakan perusahaan cendawan secara komersil memerlukan kos antara RM50,000 hingga RM250,000, bergantung kepada samada penanam bermula dengan bangunan yang
lengkap atau tidak. Dengan sebab itu, adalah lebih baik bermula secara kecil-kecilan dahulu.
Antara tip yang boleh diikuti ialah seperti berikut:
-Jadikan pasaran pendorong kepada pengeluaran anda. Bercakap / berjumpa & berunding dengan pembeli yang berpotensi berkaitan jumlah keluaran dan harga cendawan anda.

-Terokai pelbagai pilihan pemasaran: broker, pengedar, pasar tani, restoran, kedai runcit, katering, koperasi dsbnya.

-Pertimbangkan juga bagi menjual semula cendawan keluaran pengusaha lain bagi menawarkan lebih varieti dan meningkatkan jumlah jualan.

-Berunding dengan pengusaha lain dan juga mungkin konsultan tentang sistem pengeluaran untuk penambah baikan.

-Pertimbangkan untuk membeli peralatan second-hand bagi mengurangkan kos pelaburan modal awal.

-Seimbangkan dengan sebaik mungkin antara penggunaan modal yang rendah dengan pinjaman yang tinggi terutama di peringkat permulaan. Pada peringkat ini risiko perlu diambil kira.


FAQ - Soalan-Soalan Lazim

Soalan
Berapa kos minimum yang diperlukan untuk memulakan bisnes cendawan?

Jawapan
Untuk first Starter. Paling sedap kalau ada RM15K.
Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500

Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika
dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 -
RM5,500 (Kos beli beg).

Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual
RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi.
RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.

Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu
hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab
gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang
penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak
susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.

Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.

Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
Cash flow = RM1,000
Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100

Cara kiraan hasil = (Jumlah beg cendawan X keluaran setiap kali harvest X Berapa kali pengeluaran X Harga Jualan).

Soalan
Bagaimana untuk jual cendawan?
Jawapan

Nak jual cendawan sama seperti menjual sayur-sayuran. Anda boleh menjual sendiri terus ke enduser atau menjual kepada middle-man seperti Pasar Borong, Pekedai, Pasar Raya dan juga peraih. Harga jualan berbeza mengikut tempat dan keadaan. Harga semasa di pasar malam RM13 hingga RM15 sekilo. Harga di Pasar Raya RM9-RM10 sekilo. Harga di pasar borong agak rendah sekitar RM5 hingga RM7 sekilo. Jadi saya nasihatkan agar penanam cendawan menjual terus kepada end user kerana harga lebih tinggi dan untung lebih banyak.
Dalam industri ini, belum ada pengusaha Melayu yang buat contract Farming memandangkan jarak dan volume kerana ia melibatkan kos pengangkutan. Nasihat saya, tidak kira kita menanam apa atau menternak apa, yang penting kita mesti tahu di mana hendak jual hasil kita. Jika kita gagal berbuat demikian, maka gagallah usaha kita selama ini. Marketing is very important to each grower!!!.

Soalan
Di mana saya boleh dapatkan bekalan benih cendawan?

Jawapan
Benih cendawan boleh dibeli Vita Agrotech (Tg Sepat Morib) 03-3197 5600, MARDI
(Serdang) : 013-285 9031, Kuan (Damansara): 019-261 3107, En. Hamzah (Kulai Johor): 012-7622027.

Soalan
Dimana boleh saya dapatkan cap, penutup dan beg cendawan?

Jawapan
Boleh beli di Vita Agrotech & Kuan (Damansara).

Soalan
Saya amat berminat untuk tanam cendawan, apa nasihat anda?

Jawapan
Dapatkan dulu ilmu pengetahuan tentang cendawan melalui bahan bacaan ataupun menyertai
kursus praktikal dan baru ambil keputuan untuk tanam cendawan atau tidak. Kalau nak kursus
praktikal, sila pergi ke Puchong dan jumpa En. Zul.


Soalan
Berapa harga sebotol benih cendawan?

Jawapan
Biasanya RM3.50/ beg dan RM2/botol.

Nasihat kepada peserta kursus dan bakal pengusaha
· Biasanya nasihat saya pada para peserta, supaya lepas kursus praktikal cendawan, anda
boleh fikirkan semula susah senang nak buat beg, merebus, menyiram dan sebagainya.
Selepas itu, anda bolehlah cuba beli beg secara kecil-kecilan sebab nak mahirkan atau nak
test samada berminat ke atau tidak.

· Mereka juga kena survey market sekitar rumah mereka..test jual ada laku atau tak… Cuba
juga survey mana nak dapatkan supplier habuk, benih, gamdum, plastic dan sebagainya.
Takut di kawasan mereka takde supplier tu atau terlalu jauh. Selepas semua faktor telah di
selidiki dan diambil kira, barulah mereka boleh buat keputusan nak biz atau tak.

Modal Permulaan Tanaman Cendawan
Modal Permulaan. Soalan yang paling kerap ditanya di Cendawan Global oleh ramai bakal
pengusaha dan peminat cendawan dan hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang kos ataupun modal yang diperlukan.

-Untuk first Starter. Paling sedap kalau ada RM15K.
-Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
-Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
-Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
-Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
-Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500

Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika
dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 -
RM5,500 (Kos beli beg).

Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi. RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.

Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu
hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab
gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang
penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak
susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.

Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.
· Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
· Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
· Cash flow = RM1,000
· Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100

sumber : http://www.scribd.com/doc/9721232/Cara-Memilih-Benih-Yang-Baik

8 ulasan:

  1. Salam..kawe Yie dr Kelate. Minat yg tahu pasal tanam cendawan nie..kawe cikgu kat sekolah, ingat nak la tambah pendapat..berapo no tel demo? Kawe 019-9214717

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum tuan.. sy amat brminat dlm penanaman cendawan sejak 3 tahun lepas tetapi hajat tidak kesampaian kerana menyambung pengajian.. sy berasal pulau pinang BM.. sy mempunyai tanah dusun tapi tidak di usaha.. mintak pendapat tuan.. wasap 0174432023 din..

    BalasPadam
  3. Tuan... saya Ayub Nasir sgt betminat utk memulakan dn bljr tanaman cendawan. Sila beri no contact. T kasih

    BalasPadam
  4. saya nurul dan berminat dengan tanaman cendawan..blh tgglkn nmbr phone?

    BalasPadam
  5. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini HANDAYANI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan kunjungi situs/website AKI MAULANA ~>KLIK DISINI<~  yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    BalasPadam
  6. Sy seorang ibu 2 org anak
    Sy sgt berminat untuk tambah pe.dapatan.harap dpt berkongsi ilmu.no sy 0179073678

    BalasPadam
  7. Sy seorang ibu 2 org anak
    Sy sgt berminat untuk tambah pe.dapatan.harap dpt berkongsi ilmu.no sy 0179073678

    BalasPadam