27 Ogos 2008

Teknologi Terkini Pertanian Tempatan

TEKNOLOGI TERKINI PERTANIAN TEMPATAN

Sektor pertanian memperlihatkan penyepaduan teknologi menjadi pemangkin dalam perkembangan industri tersebut. Justeru, pelbagai penemuan baru terurai menerusi kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh para saintis dan juga penyelidik. Ini adalah bagi mempertingkatkan produktiviti dari segi kuantiti dan juga kualiti dapat dihasilkan melalui penerapan teknologi baru.

Fertigasi
Sistem pertanian berteknologi fertigasi semakin mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan petani masa kini.
Berasal daripada perkataan inggeris, fertigation, Sistem ini hanya menyalurkan larutan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dengan menggunakan pam atau graviti dari tangki larutan ke tanaaman-tanaman yang ditanam di dalam polibeg menggunakan bahan seperti sekam padi, cocoa peat dan sabut kelapa sebagai medium.
Penerapan teknologi baru kepada sistem tersebut membuatkan gabungan pengetahuan mengenai baja, peralatan dan strategi pengurusan nutrien yang efektif, menjadikan teknik fertigasi semakin diminati untuk diceburi.
Bagaimanapun, sebelum mengaplikasikan teknologi tersebut, beberapa prinsip penting perlu dititik beratkan untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.
Sehubungan itu, pengetahuan mengenai komposisi baja, perbezaan unsur dalam baja dan bahan baja perlu diteliti.
Disamping itu, aspek peralatan yang digunakan untuk sistem fertigasi mestilah bersesuaian dengan kuantiti tanaman dan penggunaan baja.
Adalah penting untuk memilih teknik dan peralatan yang sesuai dengan sistem pengairan dan jenis tanaman.
Pemilihan teknik dan peralatan yang tidak sesuai akan merosakkan sistem pengairan dan seterusnya memberi kesan bilangan produktiviti dan kelancaran operasi.
Teknologi ini dikatakan mampu membantu serta mendatangkan kebaikkan kepada pengiat.
Salah satunya ialah teknologi fertigasi tidak memerlukan kawasan yang luas kerana tiada lagi masalah penggunaan tanah.
Kaedah tersebut bukan sahaja berupaya meningkatkan hasil pendapatan berganda malahan mengurangkan kos operasi dan tenaga kerja berbanding kaedah konvensional.
Namun begitu, kaedah ini tidak sesuai untuk semua jenis tanaman sayuran dan biasanya untuk tanaman cili, tomato, terung, timun dan tembikai.

Krioawetan
Penemuan kaedah krioawetan merupakan salah satu bukti kemajuan sains terhadap bidang pertanian.
Ini merupakan salah satu proses yang digunakan untuk menyimpan sesuatu spesies tumbuahan dalam tempoh yang lama terutama spesies yang mengalami kepupusan.
Proses ini membolehkan biji benih disimpan dalam satu tempoh yang lama terutama spesies yang mengalami masalah kepupusan.
Proses ini membolehkan biji benih disimpan dalam satu jangka masa lama dalam persekitaran terkawal.
Ini adalah kerana, biji benih diperlukan sebagai satu cara semulajadi untuk menghasilkan sebatang pokok.
Biji benih merupakan satu struktur terdiri daripada embrio yang dikelilingi dengan bahan makanan dan kulit biji.
Apabila berada di persekitaran yang sesuai, biji benih bercambah dan membentuk sebatang pokok.
Ini bermakna, sekiranya bekalan biji benih semakin berkurangan, lama kelamaan tumbuhan tertentu pasti akan mengalami kepupusan.
Oleh yang demikian, krioawetan merupakan penyelesaian yang terbaik dengan memastikan biji benih dapat disimpan sebagai stok.
Selain itu, kelebihan proses tersebut ialah ia mudah dikendalikan dan stabil serta boleh diletakkan dalam tempat penyimpanan yang kecil.
Biji bebih berkenaan mudah dari segi logistik kerana saiznya yang kecil dapat menjimatkan ruang dan pada masa yang sama, ia juga boleh dihantar ke luar negara tanpa perlu menjalani proses kuarantin kerana keadaannya yang bersih tanpa kuman atau mikroorganisma lain seperti kulat dan virus.

Biosensor
Tahap kandungan racun yang berlebihan pada sayur-sayuran pasti mengundang kesan negatif serta memudaratkan kesihatan pengguna serta petani yang menanamnya.
Masalah kandungan racun berlebihan ini berlaku kerana penanam sayur menggunakannya pada kadar yang melebihi daripada had yang selamat digunakan.
Pastinya, racun berlebihan itu pada hakikatnya akan membawa mudarat kepada penanam sayur itu, lebih-lebih lagi kepada pengguna yang memakannya.
Melihat kepada senario tersebut, seorang penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya menghasilkan sebuah alat pengesan racun serangga biologikal gentian optik mudah alih.
Ia telah direka khusus mengesan tahap kandungan racun pada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Alat tersebut dicipta bagi membantu mengesan kandungan racun serangga dengan cara yang cukup mudah.
Inovasi itu direka berdasarkan kepada kemajuan dalam bidang bioteknologi, elektronik dan gentian optik yang dapat digunakan dalam membuat pengukuran biologikal.
Alat inovasi itu menggabungkan dua aplikasi teknologi iaitu pengecaman molekular dan penguatan reaksi biokimia serta teknologi pengolahan isyarat cahaya melalui gentian optik dan pemprosesan data secara elektronik.
Antara kelebihannya ialah ia lebih murah, mudah digunakan dan mampu memberikan keputusan yang cepat dan tepat.

GMO
Organisma Diubahsuai Secara Genetik (GMO) adalah satu proses pengubahsuaian ciri-ciri asal sesuatu (sama ada bakteria, fungus, tumbuh-tumbuhan atau haiwan) secara genetik.
Teknik itu diperkenalkan bertujuan untuk menjadikan organisma yang dihasilkan berdaya tahan (rintang) kepada penyakit, cepat matang, dapat bertoleranci kepada racun, lebih berkualiti dan sebagai kawalan biologi atau meningkatkan zat (sekiranya melibatkan tanaman makanan).
Teknologi tersebut meliputi proses memasukkan genetik dari bahan lain (bakteria, fungus, tumbuhan dan haiwan) yang didapati sesuai yang akhirnya menghasilkan satu sifat baru yang melengkapi proses atau GMO tersebut.
Di negara ini, ia telah bermula sejak tahun 1980-an manakala di negara-negara maju lebih awal lagi.
Pada pertengahan 1990-an, Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) misalnya telah cuba mengubahsuai ciri-ciri asal bakteria E-coli yang terdapat dalam perut manusia yang berpotensi untuk tujuan keseimbangan alam sekitar.
Di barat, teknologi GMO lebih kehadapan melalui penghasilan hasil-hasil pertanian seperti padi, tomato, kentang, tembakau dan sebagainya yang didapati mampu menahan penyakit dan penghasilan yang tinggi serta enak
Lebih menarik, saintis Amerika Syarikat dengan kerjasama petani Jepun telah membuktikan bahawa hasil padi yang telah menjalani proses GMO telah meningkat sehingga 35 peratus.

3 ulasan:

  1. Sangat sangat sangat berguna. Teruskan! Insya-Allah ilmu yg dimanfaatkan! Mohon halal ambil ilmunya. Cikgu ialah Cikgu saya mulai hari ini sebab dah ajar saya benda berguna TQ

    BalasPadam
  2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini HANDAYANI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan kunjungi situs/website AKI MAULANA ~>KLIK DISINI<~  yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    BalasPadam