13 Ogos 2008

TEKNIK PENANAMAN BENIH GETAH

TEKNIK PENANAMAN BENIH GETAH
MENGGALI LUBANG PENANAMAN
Tumbesaran pokok getah yang baik di ladang bermula daripada lubang penanaman yang sesuai.

1.Gali lubang di tempat yang ditanda dengan pancang. Tempoh di antara penggalian lubang dan menanam mestilah sesuai dan tidak terlalu awal untuk mengelak tertimbus kembali apabila hujan.

2. Lubang yang digali menggunakan cangkul biasanya bersaiz minimum 45 x 45 x 45sm, sementara lubang yang digali menggunakan pengorek berjentera, bentuknya bulat bergaris pusat 45sm.

3.Longgokkan tanah yang digali seberapa dekat dengan tepi lubang. Buat dua longgok dan setiap longgok mengandungi separuh tanah bahagian atas dan separuh tanah bahagian bawah.

4. Gaul tanah dengan 113g baja debu fosfat asli seperti CIRP.

5. Apabila selesai mengorek, pacak pancang di tengah lubang


MENANAM BENIH POLIBEG CARA BIASA

1. Dirikan polibeg ke dalam lubang untuk mencuba kedalamannya.

2. Jika tidak cukup dalam, lubang perlu dikorek.

3. Jika terlalu dalam, kambus dahulu sedikit sehingga mendapat tapak cantuman
sama paras dengan permukaan tanah.

4. Potong bahagian dasar (bawah) polibeg. Dirikan polibeg ke tengah-tengah lubang, potong bahagian tepi polibeg secara menegak, kambus separuh dengan tanah lapisan atas yang telah digaul dengan 113g CIRP. Tarik keluar polibeg dengan cermat.
5. Kambus lubang hingga penuh dengan tanah yang berbaja dan padatkan tanah dipinggir lubang sahaja supaya tidak rosak akarnya. Siram dengan racun serangga seperti Dieldrex15 @ 0.025% di pangkalnya.

MENANAM BENIH POLIBEG SECARA TANAMAN DALAM

Teknik tanaman dalam adalah sama dengan penanaman biasa hanya lubangnya perlu didalamkan sedikit. Anak benih ditanam ke paras satu pusaran daun.

MENANAM BENIH LANJUTAPOLIBEG

1. Benih lanjutan polibeg yang berusia lebih kurang 18 bulan ditanam menggunakan cara yang sama seperti benih polibeg.
2. Lubang tanamannya lebih besar.
3. Saiz lubang tanaman bagi benih lanjutan 60sm x 60sm x 45sm.

Gambarajah 1 : Teknik menanam benih getah polibeg, tanaman biasa (kiri) dan tanaman dalam (kanan)

KESIMPULAN

Teknik menanam yang betul memainkan peranan yang penting pada peringkat tumbesaran awal pokok. Jika tidak dilakukan dengan sempurna, kita akan merugikan anak benih yang agak mahal harganya. Penanaman yang dijalankan dengan betul boleh mengelakkan daripada penyulaman yang menyebabkan kos bertambah.

10 ulasan:

  1. jarak antara satu pokok bale ea?

    BalasPadam
  2. jarak antara satu pokok bape ea?

    BalasPadam
  3. Hello Encik, Saya ada beberapa soalan tentang pokok akasia ini. Saya mempunyai beberapa ekar tanah untuk menanam pokok getah, tetapi pokok akasia yang tumbuh cepat telah mempengaruhi hasil pertumbuhan pokok getah saya. Oleh itu, Encik ada apa recommendasi tentang problem saya ? terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TANAH UNTUK DI JUAL 65K 2 EKAR .8KM DRI LIPIS ,,SHOTCUT PADANG TENGKU KE KELANTAN.0193181670

      Padam
  4. sy nak tny mengenai pokok ini... agaknya brapa jarak antara pokok getah yg bru ditanam??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanah rata 20 kaki x 8 kaki
      tanah bukit 20 kaki hingga 24 kaki x 8 kaki

      Padam
  5. sesiapa yang inginkan benih anak getah klon 350 (klon balak) 2025 dan 3001 (1malaysia). call 0192272127

    hisham

    BalasPadam
  6. pokok akasia ni sebenarnya berasal dari nama Pokok AK-KASI-A. kalau kena serang pokok ni ingat nama tengah di je "KASI". Nak Kasi apa? Ha itu plak kena ingat nama hujung dia "A". Jadi maksudnya,,, bila dah kena serang kebanjiran tumbuh cepat pokok Akasia,,, you KASI je A. Hehehehe,,, kasi A,,, dapat A. Hehehe...

    BalasPadam
  7. letak sahaja racun pada pokok akasia itu..^_^

    BalasPadam
  8. tebang pokok akasia tu dan bakar, selepas 3 bulan , musnahkan semua pokok akasia yang baru tumbuh lama kelamaan pokok ni akan pupus

    BalasPadam