06 Jun 2008

unsur-unsur nutrien dan baja

UNSUR-UNSUR NUTRIEN DAN BAJA

1. Unsur-unsur Yang Perlu (Essential Elements)

Kira-kira 75% hingga 90% daripada berat keseluruhan suatu tumbuhan adalah air. Bakinya adalah bahan kering yang sebahagian besarnya terdiri dari karbon, oksigen dan hidrogen. Sebahagian kecil dari bahan kering ini (tetapi amat penting) adalah terdiri dari unsur-unsur nutrien tertentu yang perlu untuk tumbesaran. Daripada 100 unsur kimia yang diketahui, hanya sebilangan kecil sahaja daripada unsur-unsur berkenaan merupakan unsur-unsur yang perlu bagi tumbuh-tumbuhan untuk membesar dengan sempurna. Sesuatu unsur nutrien dianggap sebagai unsur yang perlu jika:

a. tumbuh-tumbuhan perlukan unsur itu dalam proses tumbesaran dan pembiakannya,

b. fungsi unsur itu tidak dapat diganti oleh unsur yang lain, dan

c. dalam masa sesuatu tumbuhan mengalami kekurangan sesuatu unsur, penambahan unsur itu dapat memperbaiki keadaan kekurangan tersebut.

Setakat ini terdapat 16 unsur nutrien yang didapati amat diperlukan oleh kebanyakan tumbuh-tumbuhan; iaitu

1. Karbon (C)

5. Posforan (P)

9. Sulfur (S)

13. Kuprum (Cu)

2. Oksigen (O)

6. Kalium (K)

10. Ferum (Fe)

14. Boron (B)

3. Hidrogen (H)

7. Calsium (Ca)

11. Manganum (Mn)

15. Molibdenum (Mo)

4. Nitrogen (N)

8. Magnesium (Mg)

12. Zinkum (Zn)

16. Klorin (Cl)

Terdapat juga unsur-unsur lain yang terkandung dalam tisu tumbuh-tumbuhan tetapi bukanlah merupakan unsur-unsur yang diperlukan seperti kobaltum, aluminium, silika, natrium dan florin.

Unsur karbon diperolehi dari gas karbon dioksida sementara oksigen dan hidrogen diperolehi dari air. Bekalan ketiga-tiga unsur ini pada amnya tidak terhad dan boleh didapati dengan mudah. Namun begitu, secara keseluruhannya, tumbuh-tumbuhan sering bergantung kepada unsur-unsur ke 4 hingga ke 16 yang terdapat di dalam tanah sebagai sumber bekalan yang utama.

Berdasarkan kepada kuantiti yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan, 13 unsur tersebut boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:

a. unsur makro

- unsur yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak

- kuantiti yang diperlukan biasanya dinyatakan dalam bahagian per seratus (peratus)

- termasuklah nitrogen, fosforus, kalium, kalsium, magnesium dan sulfur

b. unsur mikro

- unsur yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit

- kuantiti yang diperlukan biasanya dinyatakan dalam bahagian per sejuta (bsj)

- termasuklah ferum, boron, manganum, zinkum, kuprum, molibdenum dan klorin

2. Fungsi-fungsi Nutrien Dalam Sel Tumbuh-tumbuhan

Nutrien

Fungsi

Nitrogen

- bahagian penting protin

- bahagian penting pewarna klorofil tumbuhan

- tersangat penting kepada pertumbuhan daun

Posforus

- bahagian penting dalam nukleo-protein (dalam nukleus sel); amat perlu bagi tisu-tisu yang sedang membesar yang mengandungi sel-sel yang sedang membahagi dengan aktif

- perlu dalam proses fotosintesis

- menggalakkan pertumbuhan anak benih

- menggalakkan pertumbuhan akar

- menggalakkan pembungaan, pembentukan buah dan biji benih

Kalium

- menggalakkan pembentukan klorofil

- menguatkan sel

- perlu dalam pergerakan air antara sel

- membantu dalam tindak balas kimia yang perlu

- menggalakkan penebalan dinding sel dan ini membantu tumbuhan menjadi lebih tahan kepada penyakit

- membaiki kualiti bunga, buah dan biji benih

Magnesium

- menjadi sebahagian dari molekul klorofil

Kalsium

- perlu untuk membina dan menguatkan dinding sel

- menggalakkan tisu-tisu yang sedang membesar supaya berfungsi dengan betul terutamanya hujung akar

- meneutralkan asid dalam sap sel

Sulfur

- menjadi sebahagian dari protein

- membantu dalam pembentukan molekul klorofil

Ferum

- membantu dalam pembentukan molekul klorofil

Manganum

- membantu dalam pembentukan protein

- perlu untuk proses fotosintesis

Kuprum

- sebagai ko-enzim (pengaktif enzim) untuk tindakbalas kimia

Zinkum

- sebagai ko-enzim (pengaktif enzim)

- penting dalam penghasilan hormon tumbesaran

Boron

- penting untuk pembentukan sel-sel baru di bahagian pucuk, akar, kudup bunga dan buah yang sedang membesar

Molibdenum

- sebagai pengawalatur dalam pembinaan protein dari nitrat

3. Tanda-tanda (Simtom) Kekurangan Nutrien

Tanda-tanda umum kekurangan nutrien (yang dapat dilihat) pada tumbuh-tumbuhan adalah seperti berikut:

i. Tanda-tanda yang bermula pada daun tua

Nutrien

Tanda-tanda (Simtom)

Nitrogen

Warna daun menjadi hijau muda dan kemudian kuning (klorosis). Ada kalanya berserta warna kemerah-merahan. Biasanya bermula dengan daun tua. Daun menjadi kecil.

Posforus

Keseluruhan tumbuhan terbantut. Kurang cabang. Daun atau gagang daun berwarna ungu atau merah.

Kalium

Daun tua menunjukkan bintik-bintik nekrosis atau tepi daun melecur. Daun muda mungkin menunjukkan warna merah atau warna kekuningan antara urat daun.

Magnesium

Klorosis di tepi daun atau antara urat-urat daun pada daun-daun tua. Hujung atau tepi daun ada kalanya melengkung ke atas.

Molibdenum

Tepi daun melecur.

ii. Tanda-tanda yang bermula pada daun muda

Kalsium

Bahagian pertumbuhan (growing point) mati. Tepi dan hujung daun bergulung ke atas kemudian mati

Sulfur

Keseluruhan daun menjadi pucat terutamanya pada daun termuda. Saiz daun menjadi kecil dan bergulung ke bawah.

Ferum

Klorosis antara urat daun. Pada kes yang teruk, warna daun muda menjadi luntur diikuti dengan nekrosis.

Klorin

Klorosis diikuti dengan nekrosis pada daun berserta layu. Akar terbantut dan menebal pada hujungnya.

Boron

Bahagian pertumbuhan mati. Daun berbentuk tidak normal.

Zinkum

Daun menjadi kecil dan berkerdut (rosett). Dalam kes yang kurang serius, daun menjadi klorosis.

Kuprum

Daun muda menunjukkan klorosis, bergulung dan akhirnya mati. Bunga tidak terbentuk dengan normal, tidak tersenyawa dan buah tidak terbentuk.

iii. Tanda-tanda yang bermula pada daun pertengahan

Manganum

Klorosis antara urat daun pada daun pertengahan. Dalam kes yang teruk, bintik-bintik atau jalur-jalur nekrosis mungkin terbentuk.

6 ulasan:

  1. Ulasan sdr cukup bagus. Syabas!
    Blh tahu sdr org mane. Ada buat nasihat dilapangan tak?

    BalasPadam
  2. terima kasih sumbangan anda

    BalasPadam
  3. Terbaik... tp jenis baja tak tulis mengikut unsur... lau ad ag cantik

    BalasPadam
  4. salam kepada sesiapa yg ingin join group wssup(perkebun kcil dn bsr ) bole pm sy di no 01137530526 joe,,, insyalllah dsna bole kita kongsi pndapt dn pngalamn srta prmasalahn dlm bidang pertanian ini,,,tq

    BalasPadam