17 Februari 2009

jenis - jenis pertanian

JENIS-JENIS PERTANIAN

  1. Pertanian pindah
  2. Pertanian kebun kecil (sara diri)
  3. Pertanian ladang

1. Pertanian Pindah

  1. Ciri-ciri utama
    1. Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
    2. Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan.
    3. Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu.
    4. Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.
    5. Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.
    6. Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah di-tinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder)
  1. Peringkat kerja dalam pertanian pindah
    1. Hutan dibersihkan dan dibakar. Abunya dijadikan baja tanah.
    2. Tanaman ditanam oleh ahli keluarga gunakan alat dan cara penanaman tradisional dan mudah.
    3. Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga gunakan alat tradisional.
    4. Berpindah ke kawasan lain yang lebih subur - keburukannya kawasan yang ditinggalkan ditumbuhi belukar.

2. Pertanian Kebun Kecil / Sara Diri

Ciri-ciri utama:

  1. Keluasan tapak 1- 2 hektar.
  2. Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil.
  3. Kegiatan pertanian yang terpenting - paling luas diusahakan oleh petani Malaysia.
  4. Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja.
  5. Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional.
  6. Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan jagung (tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko.

3. Pertanian Ladang

Ciri-ciri utama:

  1. Keluasannya melebihi 40 hektar.
  2. Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar.
  3. Menanam tanaman dagangan seperti getah, kelapa sawit dan teh
  4. Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea dan biji benih yang bermutu tinggi.
  5. Mengeluarkan hasil yang tinggi dan keba-nyakannya diekspot.

KEPENTINGAN PERTANIAN

  1. Peluang pekerjaan kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk Malaysia terlibat dalam pertanian).
  2. Menggunakan hampir 70% kawasan di Malaysia yang ditanami dengan berbagai hasil pertanian.
  3. Menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara.
  4. Pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia.
  5. Membekalkan bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kopi dan sebagainya.
  6. Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian (hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering).
  7. Menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.
  8. Pembukaan kawasan-kawasan baru di luar-luar bandar seperti rancangan FELDA.
  9. Menggalakkan pertumbuhan bandar baru terutamanya di kawasan yang baru diterokai.
  10. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERTANIAN

  1. Faktor Fizikal
  1. Muka bumi
    • Dataran, delta dan lembangan sungai yang sesuai untuk penanaman padi.
    • Kawasan bukit yang beralun, bersaliran baik sesuai untuk penanaman getah, kelapa sawit dan koko.
    • Cerun-cerun bukit sesuai untuk penanaman teh dan padi huma.
  1. Tanah-tanih
    • Tanah lanar di lembangan dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi sawah.
    • Tanah laterit sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko (kaki bukit).
    • Tanah berpasir sepanjang pinggir pantai untuk tanaman kelapa.
    • Tanah gambut untuk tanaman nanas (kawasan berpaya).
  1. Iklim
    • Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, tembakau dan lada hitam.
    • Hujan yang banyak dan suhu rendah kira-kira 18oC sesuai untuk penanaman teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran hawa sederhana di Cameron Highlands.
  1. Saliran
    • Kawasan bersaliran buruk (paya) sesuai untuk penanaman padi sawah.
    • Yang bersaliran baik sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, nanas, koko, tembakau dan lada hitam.

2. Faktor Teknikal : Teknologi moden

  1. Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian.
  2. Penggunaan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor telah membantu meningkatkan daya pengeluaran hasil.
  3. Sistem pengairan yang moden telah membolehkan penanaman padi 2 atau 3 kali setahun - hasil semakin meningkat.
  4. Penggunaan benih yang bermutu tinggi, racun serangga dan baja urea.
  5. Sistem pengangkutan yang maju telah memudahkan dan mempercepatkan pema-saran hasil pertanian.

3. Faktor Ekonomi

  1. Bantuan modal dan pelaburan dalam teknologi melalui skim ansuran oleh kerajaan.
  2. Adanya agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FAMA, RISDA yang ditubuhkan untuk membantu petani dalam penggunaan peralatan moden, cara penanaman moden serta mengatasi masalah pertanian.

4. Faktor Tradisional

Sering merupakan penghalang kepada cara-cara pertanian moden namun cara pertanian tradisional sesuai bagi ladang-ladang kecil.

JENIS-JENIS TANAMAN YANG DITANAM

  1. Tanaman makanan


  • Padi
  • Jagung
  • keledek
  • kekacang
  • ubi kayu
  1. Tanaman dagangan


  • Kelapa sawit
  • Getah
  • Nanas
  • Lada hitam
  • Koko
  1. Tanaman pasar
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan

SUMBANGAN TEKNOLOGI MODEN TERHADAP KEMAJUAN SAINS

  1. Jentera pertanian
  1. Mempercepatkan kerja pertanian.
  2. Menjimatkan kos buruh.
  3. Meningkatkan kecekapan pengeluaran.
  4. Menjimatkan masa kerja.
  1. Racun serangga
  1. Mengurangkan kerosakan tanaman.
  2. Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
  1. Baja kimia/urea
  1. Menyuburkan tanah-tanih.
  2. Meningkatkan hasil tanaman.
  1. Empangan/pengairan dan terusan
  1. Membantu mengurangkan masalah keku-rangan air hujan.
  2. Membolehkan penanaman dua tanaman atau lebih diusahakan.
  3. Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
  4. Memperluaskan kawasan pertanian.
  1. Sistem pengangkutan (jalan raya dan keretapi)
  1. Memudah dan mempercepatkan pemasaran hasil pertanian.
  2. Mempercepatkan penghantaran hasil ke kilang untuk diproses dan mengurangkan kerosakan.
  1. Penyelidikan moden
  1. Menghasilkan benih tanaman yng bermutu.
  2. Meningkatkan hasil tanaman.
  3. Mencari cara baru untuk kurangkan penyakit dan perosak tanaman.

PENANAMAN PADI DI MALAYSIA

  1. Secara Umum
  1. Tanaman makanan yang penting.
  2. Ada dua jenis iaitu padi sawah dan padi bukit (huma).
  3. Padi sawah ditanam di kawasan yang berair meliputi 86% kawasan penanaman -perlukan bekalan air yang banyak.
  4. Padi huma banyak diusahakan di Sabah dan Sarawak di kawasan cerun-cerun bukit (pedalaman) - tidak perlukan bekalan air yang banyak (15%).
  5. Malaysia mengimport beras dari negeri China, India, Myanmar dan Amerika Syarikat.
  1. Kepentingan Penanaman Padi
  1. Tanaman makanan utama.
  2. Meliputi hampir 10% daripada jumlah kawasan penanaman di Malaysia.
  3. Beras makanan ruji penduduk Malaysia.
  4. Menyumbangkan 85% daripada keperluan beras negara.
  5. Bantu kerajaan kurangkan import beras dan jimatkan pertukaran wang asing.
  1. Kawasan Penanaman Utama
  1. Semenanjung Malaysia
    • Dataran Kedah-Perlis - Jelapang Padi Negara (50% daripada jumlah pengelu-aran padi negara).
    • Dataran kelantan
    • Dataran hilir Sg. Perak.
    • Dataran Seberang Perai.
    • Dataran Tanjung Karang, Selangor.
    • Kawasan Paya Besar - Pahang tua.
    • Kawasan Rompin - Endau, Pahang.
    • Dataran Besut, Terenggganu.
    • Tanah pamah pinggir laut Selangor - Melaka.
  1. Sabah
    • Papar
    • Tuaran
    • Semenanjung Kolias
  1. Sarawak
    • Delta Rajang
    • Delta Baram

D. Faktor Yang Menggalakkan Penanaman Padi Di Malaysia

  1. Suhu tinggi iaitu kira-kira 23oC semasa menanam dan 27oC semasa padi masak
  2. Hujan lebat kira-kira 1500 - 2000 mm setahun terutama masa pertumbuhan (padi sawah).
  3. Tanah rata, jenis aluvium, subur dan dapat menakung air.
  4. Tenaga buruh yang ramai dan murah.
  5. Cuaca yang panas dan cerah terutama masa menuai / padi masak.
  6. Ada kemudahan pengairan contohnya Projek Pengairan Muda Kemubu yang membolehkan padi ditanam dua kali setahun.
  7. Adanya penggunaan teknologi moden seperti jentera, racun serangga, dan benih yang baik.
  8. Galakan daripada kerajaan melalui pemberian subsidi baja, racun, benih, jentera serta ada kawalan harga dan mutu padi.
  9. Penyelidikan dijalankan oleh MARDItelah berjaya menghasilkan benih yang bermutu tinggi.
  10. FAMA sediakan kilang untuk memproses dan mengeringkan padi sebelum beras dipasarkan.

E. Langkah-Langkah Meningkatkan Pengeluaran Padi

  • MARDI, FAMA, LPP, LPN dan Bank Pertanian
  1. Sediakan kemudahan pengairan - padi boleh ditanam 2 kali setahun dan luaskan kawasan baru
  2. Membaiki dan menambah jumlah projek yang ada .
  3. Bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh Bank Pertanian Malaysia supaya petani boleh modenkan sistem penanaman.
  4. MARDI giatkan penyelidikan untuk hasilkan benih bermutu tinggi, baja serta kawalan penyakit-penyakit dan serangga perosak.
  5. Tebusguna kawasan paya, pantai seperti yang telah dijalankan di kawasan Tg.Karang, Selangor dan Changkat Jong, Perak dan di Melaka.
  6. FAMA bantu petani untuk pasarkan hasil padi dengan kawalan harga.
  7. Kerajaan tubuhkan LPN untuk membantu petani memasarkan hasil padi dengan harga yang lebih baik.
  8. Tubuhkan Koperasi Peladang bantu petani tentang harga dan penanaman - LPP - benteras orang tengah.
  9. Petani diajar guna kaedah pertanian moden.
  1. Masalah-masalah Dalam Penanaman Padi
  1. Serangan penyakit, haiwan/serangga perosak seperti tikus, burung dan serangga lain
    • boleh kurangkan hasil padi
  1. Penanaman padi bergantung kepada hujan. Hujan yang terlampau banyak atau terlalu kurang - hujan tidak tetap banjir/kemarau
    • boleh menjejaskan hasil padi atau memusnahkan pokok-pokok padi.
  1. Keluasan tanah yang kurang daripada 2 hektar (kawasan tanah pusaka)
    • menyebabkan penggunaan jentera tidak dapat dijalankan sepenuhnya.
  1. Kebanyakan petani golongan miskin tidak mampu membeli peralatan moden, baja, racun serangga dan tidak mahir menggunakan jentera
    • akibatnya hasil pengeluaran kurang memuaskan.
  1. Penindasan oleh orang tengah yang membeli hasil padi dengan harga yang rendah dan tidak berpatutan.
  2. Penanaman padi huma di lereng-lereng bukit telah menyebabkan berlakunya hakisan yang teruk akibat kadar larian air di permukaan tanak yang kuat
    • kesannya sungai menjadi semakin cetek, berlakunya banjir kilat serta mengganggu sistem ekologi dan habitat flora & fauna.
  1. Kekurangan tenaga pekerja - tenaga muda lebih suka bekerja di bandar dan tinggalkan lapangan pertanian yang banyak cabarannya.
  2. Kekurangan sistem pengairan terutamanya dikebanyakan tempat di Sabah dan Sarawak telah menyebabkan hasil produktivitinya rendah dan tak bermutu.
  3. Pemasaran - petani ditindas oleh orang tengah.
  1. Projek-Projek Pengairan Di Malaysia

Sila buat rujukan dan senaraikan projek-projek pengairan di Malaysia.

  1. Peranan Agensi Kerajaan Yang Membantu Petani

Agensi

Kaedah

  1. BERNAS
  1. Meluaskan perkhimatan keluar kawasan utama penanaman padi.
  2. Menyediakan kredit, kumpul hasil, menguruskan subsidi baja kimia dan racun serangga.
  3. Menjamin harga minimum dan bantu petani memasarkan padi.
  1. Koperasi Peladang
  1. Mengajar petani menggunakan peralatan jentera moden.
  2. Membeli baja dengan harga yang lebih murah.
  1. Jabatan Pertanian
  • Mengajar petani menggunakan jentera, baja kimia dan racun serangga.
  1. MARDI
  • Menghasilkan benih padi yang tahan kemarau, cepat masak dan hasil tinggi seperti MR52, MR53 dan MR77.
  1. Bank Pertanian
  • Menyediakan bantuan kewangan
  1. FAMA
  • Menyediakan pusat menjemur dan kilang untuk memproses padi.

PENANAMAN KELAPA SAWIT DI MALAYSIA

  1. Kepentingan
  1. Tanaman kontan yang utama.
  2. Malaysia pengeluar minyak kelapa sawit utama dunia (minyak dan isi rung) -57% pengeluaran dunia.
  3. Diekspot ke Asia Barat, Pakistan, Singapura, Jepun, Cina dan EU (Kesatuan Eropah).
  4. Kebanyakan diusahakan secara ladang oleh syarikat-syarikat besar / FELDA / FELCRA.
  5. Perlukan kos yang tinggi untuk membina kilang dan pelbagai kemudahan lain yang berhampiran dengan ladang.
  6. Ada permintaan yang tinggi dari kilang-kilang tempatan yang membuat sabun, lilin, minyak masak dan majerin.
  7. Kemudahan depot simpanan minyak sawit terletak di Pelabuhan Klang, Pasir Gudang dan Kuantan.
  8. Galakan kerajaan dalam bentuk :
    1. Agensi kerajaan seperti FELDA & FELCRA - buka kawasan baru.
    2. RISDA tanam semula getah diganti dengan kelapa sawit.
    3. PORIM - jalankan penyelidikan untuk hasilkan baka yang lebih baik.
    4. Memberi bantuan kewangan kepada petani melalui pinjaman bank.
  1. Adanya penanaman kelapa sawit dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi Malaysia dan tidak perlu bergantung kepada ekspot getah dan bijih timah sahaja.
  2. Pembukaan kawasan baru telah memajukan lagi insfrasruktur seperti jalan raya dan petempatan baru.
  3. Menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
  1. Kawasan Penanaman Kelapa Sawit
  1. Labis, Layang-Layang dan Kejora (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara)
  2. Kawasan Sungai Bernam dan Sepang di Selangor.
  3. Kawasan Teluk Intan dan Perak Selatan.
  4. Jengka dan DARA (Rancangan Kemajuan Pahang Tenggara).
  5. Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
  6. Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
  7. Sandakan dan Tawau di Sabah.

C. Masalah Dalam Penanaman Kelapa Sawit

  1. Permintaan dunia tidak stabil menyebabkan harganya turun naik.
  2. Persaingan daripada negara pengeluar yang lain seperti Indonesia dan Nigeria.
  3. Minyak kelapa sawit bersaing dengan minyak kacang soya dan bunga matahari.
  4. Kenaikan dalam kos pengeluaran, bahan api dan upah menyebabkan kos pengeluaran minyak ini makin bertambah/meningkat.
  5. Buah kelapa sawit dirosakkan haiwan perosak seperti tikus, kumbang dan landak.
  6. Kekurangan kilang pemprosesan menyebabkan mutu minyaknya berkurangan / rendah kerana lambat diproses.
  7. Kemarau panjang menyebabkan mutu minyaknya jatuh.
  8. Kempen anti-minyak tropika oleh Amerika Syarikat menyebabkan permintaan terhadap-nya merosot.
  9. Ladang-ladang mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja tempatan.

D. Langkah Mengatasi Masalah

  1. Membuka kawasan-kawasan baru melalui FELDA dan FELCRA.
  2. RISDA juga membuka kawasan baru / penanaman semula kawasan getah dengan kelapa sawit.
  3. Rombongan perdagangan dihantar ke luar negara (China, Korea, Jepun dan Pakistan) dengan tujuan untuk luaskan pasaran - jelaskan tentang mutu sebenar minyak sawit.
  4. PORIM (Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia) jalankan penyelidikan :
    1. tinggikan mutu dan pengeluaran minyak kelapa sawit.
    2. cari kegunaan baru seperti hasilkan diesel kelapa sawit (metil-ester) dan projek vitamin E gunakan asid lemak sawit suling.
  1. FELDA dan FELCRA buka kilang-kilang memproses buah kelapa sawit.
  2. Di Sabah - pekebun kecilnya diberi potongan cukai (pengecualian) sebanyak 30% untuk galakkan penanaman dan pengeluaran.
  3. Sediakan depot simpanan minyak seperti di Kuantan, Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang.
  4. Masalah kekurangan pekerja di atasi dengan import pekerja asing secara berdaftar.
  5. Lembaga Pemasaran dan Perlesenan Minyak Sawit Malaysia (PORLA) dan PORIM ambil bahagian aktif dalam pemasaran dan pameran antarabangsa untuk tingkatkan permintaan minyak sawit di pasaran dunia.

PENANAMAN GETAH DI MALAYSIA

A. Kepentingannya

  1. Getah jenis Hevea Brazillianis, meliputi hampir 2 juta hektar kawasan (28%) pertanian Malaysia (85% terdapat di kaki bukit Semenanjung Malaysia).
  2. Negeri pengeluar utama :
    • Johor
    • Kedah/Perlis
    • Perak
    • Negeri Sembilan
  1. Tanaman ekspot yang penting - diekspot ke Jepun, Amerika Syarikat, Eropah, China dan Singapura (semakin berkurangan kerana ada-nya persaingan dengan getah tiruan.
  2. Mengeluarkan hampir 40% pengeluaran getah asli dunia, ketiga selepas Thai dan Indonesia.
  3. Diusahakan secara ladang dan kebun kecil.
  4. Diekspot dalam bentuk :
    • getah SMR - heveacrumb
    • getah asap berbunga (RSS)
    • getah krip
  1. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

B. Agensi Kerajaan Yang Memajukan Industri Getah

  1. RISDA
  • beri subsidi kos penanaman semula getah tua.
  1. RRIM
  • menjalankan penyelidikan untuk dapatkan baka getah yang capat matang, hasil tinggi dan bermutu tinggi.
    (Institut Penyelidikan Getah Malaysia)
  1. MARDEC
  • mendirikan kilang-kilang untuk memproses susu getah pekebun kecil.
    (Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia)
  1. FELDA
  • membuka kawasan baru untuk menanam getah.
    (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

C. Kawasan Penanaman Getah

  1. Daerah Segamat, Kluang, Batu Pahat dan Muar di Johor.
  2. Sekitar Seremban di Negeri Sembilan.
  3. Bahagian selatan Perak.
  4. Daerah Sadakan dan Tawau di Sabah.
  5. Kawasan Kuching dan Lembah Sungai Rajang.

D. Masalah Dalam Industri Getah

  1. Persaingan dengan getah tiruan
    • kualitinya sama
    • harganya murah
    • dibentuk dikilang
    • pengeluarannya mudah dikawal mengikut pasaran.
  1. Persaingan dengan pengeluar getah lain seperti Thailand dan Indonesia.
  2. Harga tak stabil - turun/naik.
  3. Kos pengeluaran makin tinggi kerana gaji pekerja meningkat dan kos pengeluaran juga bertambah.
  4. Hasil rendah kerana kebanyakan pokok-pokok sudah tua - tak ditanam semula kerana tak mampu.
  5. Pekebun kecil kurang mampu gunakan baja kimia dan racun serangga.
  6. Kekurangan tenaga pekerja - pemuda tak suka bekerja di ladang.
  7. Kemelesetan ekonomi kurangkan pembelian getah.
  8. Permintaan terhadap getah perlahan kerana barangan buatan getah tahan lama.
  9. Stok penimbal Amerika Syarikat yang mengawal harga getah dunia - menyebabkan harga getah asli di pasaran dunia terus jatuh. (Amerika Syarikat ada stok penimbal - beli getah dengan banyak dan jual bila harganya mahal atau bekalan getah dunia bertambah.
  10. Adanya persaingan penggunaan tanah daripada sektor perumahan, perindustrian dan pembinaan padang golf.

E. Langkah Mengatasi Masalah

  1. Pokok-pokok tua diganti dengan pokok-pokok baru yang berbaka baik dan hasil yang tinggi, contohnya baka klon 600 - cepat tempoh matang dan hasil tinggi.
  2. Gunakan teknologi torehan yang baik dan cepat, contohnya penggunaan motoray.
  3. Jalankan penyelidikan seperti yang dilakukan oleh RRIM - dari segi baka, kegunaan, teknik torehan, teknik tingkatkan hasil pengeluaran serta penggunaan racun dan baja.
  4. Pembukaan kawasan-kawasan baru melalui rancangan FELDA dan FELCRA.
  5. Menubuhkan stok Penimbal Getah antarabangsa oleh negara-negara pengeluar getah dengan tujuan untuk kawal harga getah di pasaran dunia.
  6. RISDA jalankan penyelidikan :
    1. sediakan bantuan kewangan untuk tanam semula dan bantuan khidmat nasihat.
    2. Meluaskan kawasan penanaman getah.
  1. Penubuhan Rancangan Piawaian Getah (SRM) bagi menjamin getah yang bermutu tinggi sahaja yang diekspot.
  2. Fungsi MARDEC -jalankan penyelidikan untuk tingkatkan lagi mutu getah, contonya SMR.
  3. Menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan di kawasan ladang getah serta sistem pengangkutan yang lebih teratur dari ladang ke kilang.

TANAMAN DAGANGAN LAIN

LADA HITAM

A. Kepentingannya

  1. Hasil utama Sarawak terutama bahagian pertama dan ketiga (90% pengeluaran Malaysia).
  2. Malaysia mengekspot 30% pengeluaran dunia dan ketiga besar di dunia, selepas India dan Indonesia.
  3. Diekspot ke Jepun, Jerman Barat, Singapura dan Hong Kong.

B. Kawasan Utama

  • Sekitar Sibu, Sri Aman dan Kuching di Sarawak.
  • Sandakan dan Samporna di Sabah.
  • Beberapa Kawasan di Johor.

C. Faktor Yang Menggalakan

  • Hujan melebihi 2000mm dan suhu tinggi.
  • Tanah beralun dan bersaliran baik - tanah lanar subur.
  • Subsidi diberi oleh Lembaga Pemasaran Lada Hitam Malaysia.

D. Masalah Dalam Penanaman Lada Hitam

  1. Saingan daripada negara pengeluar lain.
  2. Permintaan tak stabil menyebabkan harganya jatuh.
  3. Serangan penyakit di pangkal pokok - merendahkan mutu lada hitam.
  4. Kos pengeluaran tinggi (kos untuk pengangkutan dan pembajaan).
  5. Gangguan cuaca tak menentu (panas berpanjangan ganggu proses pembesaran)

E. Langkah Untuk Mengatasi

  1. Peranan Lembaga Pemasaran Lada Hitam
    1. Tentukan harga yang berpatutan.
    2. Bantu petani cari pasaran baru di luar negara.
    3. Tubuhkan pusat-pusat pengumpulan proses dan penggredan lada hitam dengan kerjasama FAMA.
    4. Perbaiki kemudahan infrastuktur di kawasan ladang.
  1. Jabatan Pertanian Sarawak jalankan kegiatan untuk kawal penyakit reput pangkal pokok.
  2. Berikan bantuan benih , baja dan racun serangga di bawah skim subsidi lada hitam.
  3. Kerjasama Malaysia dan negara-negara pengeluar lain melalui Komuniti Lada Hitam Antarabangsa bagi mendapatkan harga maksimum.

KELAPA

  1. Pengeluar utama
  • Johor
  • Pantai Timur Sabah
  • Pantai barat Selangor
  • Bagan Datoh Perak
  • Seberang Perai, Pulau Pinang
  1. 90% kelapa ditanam secara kebun kecil.
  2. Hidup subur di kawasan pantai berpasir, bersaliran baik dan ada pengaruh bayu laut dan darat.
  3. Isi kelapa dikeringkan dipanggil KOPRA digunakan untuk membuat minyak, sabun dan marjerin.
  4. Dieksport ke Singapura, Kanada dan United Kingdoms.

NANAS

  1. Johor pengeluar utama (85%) – ditanam secara ladang dan kebun kecil.
  2. Kawasan :
  • Sekitar Pekan Nanas, Simpang Renggam, Labis dan Pontian
  • Sekitar Klang Teluk Intan dan Bachok Kelantan.
  1. Faktor yang menggalakkan :
  1. Suhu tinggi / hujan lebat.
  2. Tanah gambut dan bersaliran baik.
  1. Masalah dalam penanaman :
  1. Persaingan dengan negara pengeluar yang lain seperti Thai, Filipina, Taiwan dan Hawaii.
  2. Serangan penyakit (fruit collapse).
  3. Kos penanaman meningkat.
  4. Sistem pemasaran tidak menguntungkan petani.

5. Langkah untuk mengatasi masalah

  1. Peranan MARDI jalankan penyelidikan hasil benih yang bermutu seperti Gandul dan Masmerah.
  2. Lembaga Pemasaran Nanas Malaysia beri khidmat nasihat, baka/benih bermutu.
  3. FAMA bantu dalam usaha pemasaran yang lebih luas.

KOKO

  1. Pengeluar ke-4 di dunia (9% pengeluaran dunia).
  2. Sabah pengeluar utama (30%), Semenanjung Malaysia 32% dan Sarawak 8%.
  3. Men jadi tanaman jualan utama di Sabah.
  4. Banyak dieksport ke Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China – dieksport melalui Pasir Gudang.
  5. Taburan kawasan :
  1. perlukan kawasan kaki bukit atau bertanih pasir yang bersaliran baik dan mengandungi kalium.
  2. Bagan Datoh, Jerangau dan Muar di Semenanjung Malaysia.
  3. Sekitar Tawau, Sibu dan Sempurna di Sabah.
  4. Kawasan Semarahan di Sarawak.

6. Faktor yang mempengaruhi penanaman

  1. Hujan melebihi 2030mm / suhu tinggi lebih 23oC.
  2. Terlindung daripada pancaran matahari yang terik oleh pokok-pokok ditanam secara tanaman selingan pokok-pokok kelapa.
  3. Tanah jenis laterit dan gambut yang bersaliran baik dan mengandungi unsur kalium.
  4. Ditanam secara ladang dan kebun kecil.
  5. Mengeluarkan hasil selepas 18 bulan.

7. Usaha-usaha untuk meningkatkan mutu

  1. FAMA beri bantuan kewangan/nasihat
  2. MARDI – jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu pengeluaran.
  3. FELDA dan FELCRA terlibat dalam pembukaan kawasan-kawasan baru.
  4. SIRIM – berusaha untuk kawal mutu dan tentukan gred koko yang dihasilkan.
  5. Digunakan untuk membuat coklat dan minuman berperisa coklat

11 Februari 2009

Organic agriculture (pertanian organik)

What Is Organic Agriculture?

According to the National Organic Standards Board (NOSB) of the United States
Department of Agriculture (USDA), organic agriculture is “an ecological production
management system that promotes and enhances biodiversity, biological cycles, and
soil biological activity. It is based on minimal use of off-farm inputs and on
management practices that restore, maintain, or enhance ecological harmony. The
primary goal of organic agriculture is to optimize the health and productivity of interdependent communities of soil life, plants, animals, and people.” (NOSB, 2003)
Though the term “organic” is defined by law, the terms “natural” and “eco-friendly” are not. Labels that contain those terms may imply some organic methods were used in the production of the foodstuff but do not guarantee complete adherence to organic practices as defined by a law. Some products marketed as “natural” may have been produced with synthetic or manufactured products (those not considered to be “organic”), such as “natural beef.” While eco-labels are encouraged for producers
interested in lowering synthetic inputs and farming with ecological principles in mind (biodiversity, soil quality, biological pest control), eco-labels are not
regulated as strictly as USDA organic labels.


Soil Health:
The Basis for Organic Farming

The basis for all organic farming systems is the health of the soil.


Organic farmers strive to maintain adequate fertility as well as biologically active soil with the microbial populations required for nutrient cycling. Crop rotation provides nutrients such as nitrogen from legume crops and carbonaceous biomass upon
which beneficial soil microorganisms depend for survival. Naturally mined lime products, manure, and composted manure are the most common forms of soil amendments for organic operations. Iowa rules specify the number of months prior to harvest
that manure should be applied to allow adequate decomposition and to avoid bacterial contamination of produce. Manure cannot be applied for a minimum of four months prior to the harvest of horticultural crops and for three months prior to agronomic crop harvest. Raw manure cannot be applied to frozen or snow-covered ground.

Composting, the preferred method of stabilizing manure, is a controlled process in which nitrogen containing materials are mixed with a carbon-containing source to produce a substance preferably in a carbon-to-nitrogen ratio (C:N) of 30 to 1. Compost temperatures must reach 131–170°F for 15 days, and be turned a minimum of 5
times to aerate the pile. Additional information on composting practices is listed in the references.
Though many soil amendments are available for organic farming, these materials must be naturally based. In addition to manure-based fertilizers, many organic farmers rely on fish emulsion and seaweed preparations to supply nitrogen and other elements. When phosphorus and potassium limit crop production, rock phosphate and naturally mined potassium chloride are allowed. It is imperative that organic farmers check with their certification agencies before applying any materials. Certification may be revoked for up to three years if a material
contaminated with prohibited materials is applied.

Durian

Teknik Penanaman Durian

(dalam Bahasa Indonesia)


BAB I

PENDAHULUAN

Tanaman buah durian adalah salah satu bagian dari sistem kebun yang

merupakan salah satu pola dari bidang usaha yang banyak dipraktikkan di Indonesia.

Sistem tersebut tumbuh secara tradisional dan hasilnya biasanya hanya digunakan

untuk mencukupi kebutuhan sendiri dan memenuhi kebutuhan pasar di desa.

Apabila produksi tanaman buah durian dapat dilakukan dengan baik

sehingga dapat menghasilkan produk yang berkualiti sesuai dengan tuntutan

pasar, maka penanaman buah durian merupakan peluang bagi petani untuk

memenuhi kebutuhan pasar buah durian di tingkat provinsi ataupun nasional.

Hal ini sangatlah penting terutama untuk petani yang tinggal di sekitar

hutan sehingga dapat mengurangi skala kerosakan hutan.

Durian merupakan tanaman buah berupa pohon. Sebutan durian diduga

berasal dari istilah Melayu iaitu dari kata duri yang diberi akhiran -an sehingga

menjadi durian. Kata ini terutama dipergunakan untuk menyebut buah yang

kulitnya berduri tajam. Tanaman durian berasal dari hutan Malaysia, Sumatra, dan Kalimantan yang berupa tanaman liar. Penyebaran durian ke arah Barat adalah ke Thailand, Birma, India dan Pakistan. Buah durian sudah dikenal di Asia Tenggara sejak abad 7 M. Nama lain durian adalah duren (Jawa, Gayo), duriang (Manado), dulian (Toraja), rulen (Seram Timur).

Beberapa petani melihat bahawa menanam buah durian, bererti menciptakan alternatif penghasilan keluarga dan meningkatkan taraf hidup untuk jangka panjang. Oleh karena itu, meningkatkan kemampuan teknik perbanyakan

dan amalan kultur buah durian sangat penting di tingkat petani. Beberapa petani yang bersemangat menanam buah durian, umumnya mendapatkan dan memperbanyak anak benih dari biji yang tersedia di sekeliling mereka. Namun sangat disayangkan bahawa kualiti fisiologi dan genetik benih tersebut diragukan. Benih yang di rekomendasi biasanya terdapat di dinas pertanian. Sayangnya sebahagian besar benih yang digunakan petani berasal dari sektor informal. Oleh sebab itu, untuk mendukung dan meningkatkan usaha petanaman buah-buahan yang dilakukan petani, baik penelitian mahupun penyuluhan harus diarahkan untuk memperkuat dan meningkatkan ketersediaan benih dan anak benih tanaman bermutu. Tahap pertama untuk mencapai tujuan tersebut adalah membangun kerjasama antar kelompok tani dengan sektor pembenihan formal melalui kunjungan lapangan, menyebarkan benih dan anak benih bermutu ke petani, bekerjasama dengan lembaga yang mempunyai percubaan di tingkat petani, serta melakukan kegiatan pelatihan perbanyakan dan pengelolaan anak benih buah untuk petani dan staf LSM yang bekerja bersama petani.

Kerjasama dan keterkaitan di atas jelas akan memberikan kemandirian

petani untuk menghasilkan dan mengelola anak benih dan tanaman mereka. Oleh sebab itu, melatih kemampuan petani untuk melakukan perbanyakan secara vegetatif adalah langkah yang penting untuk mendapatkan anak benih yang baik secara genetik, memperbanyak jenis-jenis tanaman yang sulit didapati, mempercepat saat pembuahan, serta menghindari terjadinya kekurangan benih kerana tidak

teraturnya masa pembungaan. Dan didasarkan pada tujuan pedoman teknik

perbanyakan vegetatif dan amalan kultur buah-buahan terutama sekali pada buah-buahan durian.

BAB II

PEMBAHASAN

2.1 Sistem pembiakan secara vegetatif pada durian

Durian ditanam dengan menggunakan biji atau secara vegetatif. Walaupun

pembiakan menggunakan biji mudah dan murah, ia tidak dapat mengekalkan ciri-ciri pokok induk karena kebanyakan varieati komersial melalui pendebungaan

silang. Pokok ini juga lambat berbuah. Dengan itu, pokok durian lebih baik

dibiakkan secara vegetatif. Pensyaratan biji durian yang akan diokulasi berasal dari biji yang sihat dan tua, dari tanaman induk yang sihat dan subur, sistem perakaran bagus dan produktif. Biji yang ditumbuhkan, dipilih yang pertumbuhannya sempurna. Setelah umur 8-10 bulan, dapat diokulasi, dengan cara:

1. Kulit batang bawah disiat, tepat di atas matanya (.... 1 cm). Dipilih mata

tunas yang berjarak 20 cm dari permukaan tanah.

2. Siatan dibuat melintang, kulit dikupas ke bawah sepanjang 2-3 cm

sehingga mirip lidah.

3. Kulit yang mirip lidah dipotong menjadi 2/3-nya.

4. Sisipan “mata” yang diambil dari pohon induk untuk batang atas (disiat

dibentuk perisai) di antara kulit. Setelah selesai dilakukan okulasi, 2

minggu kemudian di periksa apakah perisai mata tunas berwarna hijau

atau tidak. Bila berwarna hijau, bererti okulasi berhasil, jika coklat, bererti

okulasi gagal.

2.1.1. Model tusuk/susuk

· Tanaman calon batang atas dibelah setengah bagian menuju ke arah pucuk.

Panjang belahan antara 1-1,5 cm diukur dari pucuk. Tanaman calon batang

bawah sebaiknya memiliki diameter sama dengan batang atasnya. Tajuk

calon batang bawah dipotong dan dibuang, kemudian disiat sampai

runcing. Bagian yang runcing disisipkan kebelahan calon batang atas yang

telah dipersiapkan. Supaya calon batang bawah tidak mudah lepas,

sambungannya harus diikat kuat-kuat dengan tali rafia.

· Selama masa penyusuan batang yang disatukan tidak boleh bergeser.

Sehingga, tanaman batang bawah harus disangga atau diikat pada tanaman

induk (batang tanaman yang besar) supaya tidak goyah setelah dilakukan

penyambungan. Susuan tersebut harus disiram agar tetap hidup. Biasanya,

setelah 3-6 bulan tanaman tersebut bisa dipisahkan dari tanaman induknya,

tergantung dari usia batang tanaman yang disusukan. Tanaman muda yang

kayunya belum keras sudah bisa dipisahkan setelah 3 bulan.

Penyambungan model tusuk atau susuk ini dapat lebih berhasil kalau

diterapkan pada batang tanaman yang masih muda atau belum berkayu

keras.

2.1.2. Model siatan

· Pilih calon batang bawah (anak benih) dan calon batang atas dari pohon induk

yang sudah berbuah dan besarnya sama.

· Kedua batang tersebut disiat sedikit sampai bagian kayunya. Siatan

pada kedua batang tersebut diupayakan agar bentuk dan besarnya sama.

· Setelah kedua batang tersebut disiat, kemudian kedua batang itu ditempel

tepat pada siatannya dan diikat sehingga keduanya akan tumbuh

bersama-sama.

· Setelah 2-3 minggu, sambungan tadi dapat dilihat hasilnya kalau batang

atas dan batang bawah ternyata bisa tumbuh bersama-sama berarti

penyusuan tersebut berhasil.

· Kalau sambungan berhasil, pucuk batang bawah dipotong/dibuang, pucuk

batang atas dibiarkan tumbuh subur. Kalau pertumbuhan pucuk batang atas

sudah sempurna, pangkal batang atas juga dipotong.

· Maka akan terjadi anak benih durian yang batang bawahnya adalah tanaman biji,

sedangkan batang atas dari ranting/cabang pohon durian dewasa.

d) Cangkukan

Batang durian yang dicangkuk harus dipilih dari cabang tanaman yang sehat,

subur, cukup usia, pernah berbuah, memiliki susunan percabangan yang rimbun,

4

besar cabang tidak lebih besar daripada ibu jari (diameter=2–2,5 cm), kulit masih

hijau kecoklatan. Waktu mencangkuk adalah awal musim hujan sehingga

terhindar dari kekeringan, atau pada musim kering, tetapi harus disiram secara

rutin (2 kali sehari), pagi dan sore hari. Adapun tata cara mencangkuk adalah

sebagai berikut:

1. Pilih cabang durian sebesar ibu jari dan yang warna kulitnya masih hijau

kecoklatan.

2. Sayap kulit cabang tersebut mengelilingi cabang sehingga kulitnya

terlepas.

3. Bersihkan lendir dengan cara di kerok kemudian biarkan kering angin

sampai dua hari.

4. Bagian bekas siatan dibungkus dengan media cangkuk (tanah, serabut

gambut, mos). Jika menggunakan tanah tambahkan pupuk

kandang/kompos perbandingan 1:1. Media cangkuk dibungkus dengan

plastik/sabut kelapa/bahan lain, kedua hujungnya diikat agar media tidak

jatuh.

5. Sekitar 2-5 bulan, akar cangkukan akan keluar menembus pembungkus

cangkukan. Jika akar sudah cukup banyak, cangkukan bisa dipotong dan

ditanam di keranjang persemaian berisi media tanah yang subur.

2.1.3 Teknik Penyemaian dan Pemeliharaan

Anak benih durian sebaiknya tidak ditanam langsung di lapangan, tetapi

disemaikan terlebih dahulu di tempat persemaian. Biji durian yang sudah

dibersihkan dari daging buah dikering-anginkan sampai kering tidak ada air yang

menempel. Biji dicambahkan dahulu sebelum ditanam di persemaian atau

langsung ditanam di polibag. Caranya biji dideder di plastik/anyaman

bambu/kotak, dengan media tanah dan pasir perbandingan 1:1 yang diaduk

merata. Ketebalan lapisan tanah sekitar 2 kali besar biji (6-8 cm), kemudian media

tanam tadi disiram tetapi (tidak boleh terlalu basah), suhu media diupayakan

cukup lembab (20°C-23°C). Biji ditanam dengan posisi miring tertelungkup

(bagian calon akar tunggang menempel ke tanah), dan sebahagian masih kelihatan di

atas permukaan tanah (3/4 bagian masih harus kelihatan). Jarak antara biji satu

5

dengan lainnya adalah 2 cm membujur dan 4-5 cm melintang. Setelah biji

dibenamkan, kemudian disemprot dengan larutan fungiside, kemudian kotak

sebelah atas ditutup plastik supaya kelembapannya stabil. Setelah 2-3 minggu biji

akan mengeluarkan akar dengan tudung akar langsung masuk ke dalam media

yang panjangnya ± 3-5 cm. Saat itu tutup plastik sudah bisa dibuka. Selanjutnya,

biji-biji yang sudah besar siap dibesarkan di persemaian pembesar atau polibag.

2.1.4) Pemindahan Anak benih

Anak benih yang akan ditanam di lapangan sebaiknya sudah tumbuh setinggi 75-

150 cm atau berumur 7 - 9 bulan setelah diokulasi, kondisinya sihat dan

pertumbuhannya bagus. Hal ini tercermin dari pertumbuhan batang yang kukuh,

pengakarannya banyak dan kuat, juga adanya helaian daun dekat pucuk tanaman

yang telah menebal dan warnanya hijau tua.

2.2 Pengolahan Media Tanam

2.2.1 Persiapan

Penanaman durian, perlu perencanaan yang cermat. Hal-hal yang perlu

diperhatikan adalah pengukuran pH tanah, analisis tanah, penetapan waktu/jadual

tanam, pengairan, penetapan luas areal penanaman, pengaturan volume produksi.

2.2.2 Pembukaan Lahan

Pembersihan dan pengolahan lahan dilakukan beberapa minggu sebelum

penanaman anak benih berlangsung. Batu-batu besar, alang-alang, pokok-pokok batang

pohon sisa penebangan disingkirkan. Perlu dibersihkan dari tanaman liar yang

akan mengganggu pertumbuhan.

2.2.3 Pembentukan Bedengan

Tanah untuk bedengan pembesaran harus dicangkul dulu sedalam 30 cm

hingga menjadi gembur, kemudian dicampurkan dengan pasir dan kompos yang

sudah jadi. Untuk ukuran bedengan lebar 1 m panjang 2 m, diberi 5 kg pasir dan 5

kg pupuk kompos. Setelah tanah, pasir dan kompos tercampur merata dan

6

dibiarkan selama 1 minggu. Pada saat itu juga tanah disemprot Vapan/Basamid

untuk mencegah serangan jamur/bakteria pembusukan jamur. Di sekeliling bedengan,

perlu dibuatkan saluran untuk penampung air. Jika bedengan sudah siap, biji yang

telah tumbuh akarnya tadi segera ditanam dengan jarak tanam 20 x 30 cm.

Penanaman biji durian dilakukan dengan cara dibuatkan lubang tanam sebesar biji

dan kedalamannya sesuai dengan panjang akar masing-masing. Setelah biji

tertanam semua, bagian permukaan bedengan ditaburi pasir yang di campur

dengan tanah halus (hasil ayakan) setebal 5 cm.

2.2.4 Pengapuran

Keadaan tanah yang kurang subur, misalnya tanah podzolik (merah

kuning) dan latosol (merah-coklat-kuning), yang cenderung memiliki pH 5 - 6 dan

penyusunannya kurang seimbang antara kandungan pasir, liat dan debu, dapat

diatasi dengan pengapuran. Sebaiknya dilakukan menjelang musim kemarau,

dengan kapur pertanian yang memiliki kadar CaCO3 sampai 90%. Dua sampai 4

minggu sebelum pengapuran, sebaiknya tanah dipupuk dulu dan di siram 4-5 kali.

Untuk mencegah kekurangan unsur Mg dalam tanah, sebaiknya dua minggu

setelah pengapuran, segera ditambah dolomit.

2.3 Teknik Penanaman

2.3.1 Penentuan Pola Tanaman

Jarak tanam sangat tergantung pada jenis dan kesuburan tanah, kultivar

durian, serta sistem amalan kultur yang diterapkan. Untuk kultivar durian berumur genjah, jarak tanam: 10 m x 10 m. Sedangkan kultivar durian berumur sedang dan dalam jarak tanam 12 m x 12 m. Intensifikasi kebun durian, terutama waktu anak benih durian masih kecil (berumur kurang dari 6 tahun), dapat diupayakan dengan

amalan kultur cantuman mata tunas. Berbagai amalan kultur cantuman mata tunas yang biasa dilakukan yakni dengan tanaman horti (lombok, tomat, terong dan tanaman pangan: padi gogo, kedelai, kacang tanah dan ubi jalar.

2.3.2 Pembuatan Lubang Tanam

Pengolahan tanah terutama dilakukan di lubang yang akan digunakan

untuk menanam anak benih durian. Lubang tanam dipersiapkan 1 m x 1 m x 1 m. Saat

menggali lubang, tanah galian dibagi menjadi dua. Sebelah atas dikumpulkan di

kiri lubang, tanah galian sebelah bawah dikumpulkan di kanan lubang. Lubang

tanam dibiarkan kering terangin-angin selama ± 1 minggu, lalu lubang tanam

ditutup kembali. Tanah galian bagian atas lebih dahulu dimasukkan setelah

dicampurkan pupuk kompos 35 kg/lubang, diikuti oleh tanah bagian bawah yang

telah dicampurkan 35 kg pupuk kandang dan 1 kg fosfat.

Untuk menghindari gangguan rayap, semut dan hama lainnya dapat

dicampurkan insectiside butiran seperti Furadan 3 G. Selanjutnya lubang tanam

diisi penuh sampai tampak membukit setinggi 20-30 cm dari permukaan tanah.

Tanah tidak perlu dipadatkan. Penutupan lubang sebaiknya dilakukan 7-15 hari

sebelum penanaman anak benih.

2.3.3 Cara Penanaman

Anak benih yang akan ditanam di lapangan sebaiknya tumbuh 75-150 cm,

kondisinya sihat, pertumbuhan bagus, yang tercermin dari batang yang kukuh dan pengakaran yang banyak serta kuat.

Lubang tanam yang tertutup tanah digali kembali dengan ukuran yang lebih

kecil, sebesar gumpalan tanah yang membungkus akar anak benih durian. Setelah

lubang tersedia, dilakukan penanaman dengan cara sebagai berikut :

1. Polybag/pembungkus anak benih dilepas (sisinya digunting/diiris hati-hati)

2. Anak benih dimasukkan ke dalam lubang tanam sampai batas leher

3. Lubang ditutup dengan tanah galian. Pada sisi tanaman diberi ajir agar

pertumbuhan tanaman tegak ke atas sesuai arah ajir.

4. Pangkal anak benih ditutup rumput/jerami kering sebagai mulsa, lalu disiram air.

5. Di atas anak benih dapat di bangun naungan dari rumbia atau bahan lain.

Naungan ini sebagai pelindung agar tanaman tidak layu atau kering

tersengat sinar matahari secara langsung.

BAB III

PENUTUP

3.1 Kesimpulan

Dari pembahasan di atas penulis dapat mengambil beberapa kesimpulan :

o Tanaman buah durian adalah salah satu bagian dari sistem kebun yang

merupakan salah satu pola dari bidang usaha yang banyak dipraktikkan di

Indonesia

o Pensyaratan biji durian yang akan diokulasi berasal dari biji yang sehat dan

tua, dari tanaman induk yang sihat dan subur

o Anak benih durian sebaiknya tidak ditanam langsung di lapangan, tetapi disemaikan

terlebih dahulu di tempat persemaian

o Jarak tanam durian tergantung pada jenis dan kesuburan tanah, kultivar durian, serta sistem amalan kultur yang diterapkan

3.2 Saran

Untuk meningkatkan pemahaman tentang amalan kultur durian secara vegetatif

kita sebagai mahasiswa-mahasiswi Universitas Almuslim haruslah lebih banyak

mempelajari dan membaca buku-buku yang dapat menambah wawasan kita

tentang buah durian khususnya dan buah-buahan yang lain secara umum.